Miss Butterfly's Stories: June 2012

Friday, 22 June 2012

Thalassemia

Assalamualaikum

Pertama sekali tahu tak Thalassemia tu apa?

Thalassemia is a blood disorder passed down through families (inherited) in which the body makes an abnormal form of hemoglobin, the protein in red blood cells that carries oxygen. The disorder results in excessive destruction of red blood cells, which leads to anemia.        -A.D.A.M. Medical Encyclopedia-

credit Wikipedia


Okay dah tahu dah sekarang kan? Hehe. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh tengok kat SINI ^_^ Sebenarnya kenapa tetiba nak share pasal Thalassemia pulak kan hari ni. Hihi. Alkisahnya kat maktab MissB hari ni ada pemeriksaan percuma sempena Bulan Mengenal Dunia Hawa. Jadi batch MissB diberikan priority untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Grab the chance! Bila lagi kan? ^_^

Pemeriksaan dijalankan melalui 4 peringkat:

  1. Isi borang kesihatan. Lelaki dan Perempuan, berbeza soalan dan juga buku kesihatan. Soalan dalam buku perempuan lagi banyak berbanding lelaki. Kita perlu berpengetahuan yang luas utk menjawab soalan kat dalam buku tu, contohnya sejarah keluarga as if diorang ada penyakit yang blaa blaa blaa.

  2. Mengambil darah. *Awwwww* Ini agak menggerunkan. Bagi MissB lah. Huhu. Ada certain people yang memang tak gentar pun. COOL. Tapi bagi MissB SUNTIKAN is NO NO NO =/ . Tapi nak buat achanerr kan. Redha dan pasrah jelah. Sekali pak doktor tu suntik, menjerit meleleh air mata. *sobs* Sakit kot!

  3. Pemeriksaan tekanan darah. Sebelum dan ketika pemeriksaan, adalah sangat penting kalau kita RELAX dan jangan NERVOUS. Kalau tak serta merta tekanan darah kita naik dan tak pasal-pasal di tag sebagai pesakit darah tinggi =,=' Btw, sempat pulak nurse tu cakap, "kenapalah cikgu-cikgu kat sini punya tekanan darah ni agak tinggi, stress ke cikgu?" MissB hanya mampu tersengeh macam kerang busuk =,=/

  4. BMI (Body Mass Index). Ini mesti semorang tau kan achaner. Measure tinggi, berat and you're done. ^_^


InshaAllah tak ada apa =)




p/s: Peratusan bangsa Melayu menghidap thalassemia adalah paling tinggi jika dibanding dengan Cina, India dan lain-lain.


Wednesday, 20 June 2012

Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum


"hidup tak selalunya indah"


credit tumblr


Tuesday, 19 June 2012

Pertama

Assalamualaikum

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"


Hari pertama kuliah, not bad. Perjalanan dari asrama ke tempat blok kuliah baru tu, memang sangat lah memenatkan *secara jujur kipas tangan sentiasa di tangan serta payung bau cina. Tapi tak mengapa, kelas nya pun selesa juga. Bak kata orang, berbaloi lah, dah jalan beribu batu, pastu dapat keistimewaan tahap IPT. Ada aircond, tempat duduk, kondisi kelas pun masih baru dan okay lah. Kira okay lahhh. Apa yang penting jangan tinggal buku kat hostel kalau tak, tak ke semput nak ber"jogathon" dari blok baru tu ke asrama. =,=''

Hari pertama kuliah ni juga dah dapat coursework. Subjek apa nak tau? Ni haa kat bawah ni. TSL3104 Phonetics and Phonology ^_^ Terbaik lah lecturer nya, semangat waja sungguh. MissB tak merungut diberi awal coursework ni semua. Malah berterima kasih. So that boleh prepare awal kan? *angguk angguk geleng geleng \=,=/  


my subject for this semester :)
am gonna LOVE it so much !


Hari pertama ni jugalah draw lots untuk pilih soalan mana nak ambik untuk coursework tu nanti. MissB kalau pasal draw lots ni memang berketar jugaklah tangan ni kan. Bukan apa, tangan ni selalu bertuah sangat dapat nombor yang "bertuah". Wuwuwuw T__T 
Jadi tadi MissB sebelum cabut nombor soalan tu, MissB bacalah serangkap ayat, yang kat atas tu, agar dipermudahkan urusan MissB :') 

Lalu . . . inilah yang MissB dapat . . .

MissB dapat question "A1"
Alhamdulillah. Jangan merungut. Takmo takmo :')

Hari Isnin, hari pertama kuliah, subjek yang pertama untuk semester ni, dan dapat soalan yang pertama. *clap clap hands* \^_^/ Banyak betul pertama nya kan. Hehe. Agak jarang terjadi dalam hidup MissB. Hehe. Takpe. Takpe. *Chayok! 

Lalulah MissB namakan entry ini Pertama. Wooot wooottt~~~




p/s: Ingat Nawaitu, jangan nakal2 dah, mulut mesti sentiasa zip! :)



Wasalam








Saturday, 16 June 2012

Sacrifice itu pengorbanan

Assalamualaikum

Setiap permulaan semester ada je entry sedih kan? Huhu T__T meh kita nyanyi dulu ikut mood sekarang ni~

Malam yang sepi pi pi, pak mat buat kopi pi pi, kopi nya hilang lang lang pak mat buat gelang lang lang, gelang nya putus tus tus . . *sambung sendiri lah ye*
credit : tumblr

Memang betul, orang cakap, orang cakap lah, bukan MissB cakap, kalau tengah bersendirian ni, orang yang setabah mana pun, se"cool" mana pun dia, meleleh jugak air mata tu kan. Rindu nya dengan family, air mata MissB dah tak tertahankan lagi, penuh dah kelopak mata ni. Dengan sekali pejam je, fuh, laju je mengalir air mata yang jernih tu. 

Sampai ibu call pun MissB tak jawab. Mau tak meraung MissB kalau dijawab call ibu tu. Sebab ibu memang dah msg dah, diorang kat sana tengah sedih, nangis-nangis. Dah ibu msg cenggitu kan. Makin meriah lah tangisan MissB dibuatnya. Ditambahkan pulak sendirian kat bilik ni, sebab roommate (kaksue) belum sampai lagi. T_T *sobs sobs

Cuti semester 3 minggu, sudah cukup membuatkan MissB terasa lama dirumah dan terasa ingin terus menetap dirumah. Malah MissB telah pun meng"apply" dan mengisi borang "bibik sandaran" dirumah. Malangnya, sebab nawaitu kan, kita harus teruskan juga pengajian kat Pulau Mutiara ni. *sobs 

credit : tumblr

SACRIFICE. Memang cukup bermakna kan? Di usia 20-an macam MissB ni, memang tak lekang lah perkataan sacrifice - pengorbanan ni. Macam-macam pengorbanan yang kita lakukan dalam hidup ni. 

Contohnya, pengorbanan berjauhan dengan family. MissB kalau diikutkan entah dah berapa tahun dah merantau dinegeri orang ni. Dari tingkatan 1 dah rasanya. Tingkatan 1, memang muka "innocent" daftarkan diri sendiri tanpa bantuan parents. Parents tak ikut, diorang kat Sarawak while MissB all alone kat Kuala Lumpur. Alhamdulillah ada lah 2 orang kawan time tu. Huhu T_T  Cukuplah 5 tahun kat sana kan. Pastu pilih nak masuk IPG, ambil temuduga kat Sabah. Sebab ingat boleh lah dapat maktab kat Sabah which is NEAR. Kalau tak memang pergi jelah temuduga kat Miri hari tu, tapi entah kenapa tak terfikir pulak nak interview kat sana. Kalau tak mesti dah dapat maktab Batu Lintang ke kan. *ouh confident je -,-

Urghh -,- Sudah sudah sudah! MissB malas nak ungkit lah kenangan lalu lalu ni. Tak gemar. *sobs

Apa yang penting sekarang ni ialah nawaitu. Nawaitu ingin menimba ilmu dinegeri orang dan berbakti dinegeri sendiri. Ini ialah jalan yang kita pilih. MissB sekali lagi dengan beraninya memilih pengorbanan sebagai langkah untuk MissB berjaya  dan mencerahkan lagi masa depan MissB dan juga keluarga MissB. MissB tak kisah berjauhan. Tapi kadang-kadang kisah jugak. Especially lepas cuti, sebab bahang cuti masih lagi ada. Macam sekarang ni. T__T *sobs sobs  Takpe, MissB yakin,  hubungan anak beranak, adik beradik walau sejauh mana pun dipisahkan masih tetap utuh. Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. MissB tahu, walaupun berjauhan doa daripada mereka sentiasa mengiringi MissB.  

Kadang-kadang, walaupun, mulut ni sering mengatakan "tak sanggup" , "tak tahan" , "tak suka" , "tak seronok" , namun hakikatnya  hati tetap tabah dalam meneruskan liku-liku kehidupan ini. Kerana ini dah jalan yang MissB pilih kan, jadi kenalah teruskan sampai ke penamatnya.




p/s: entry panjang, ayat skema, isi tak seronok. sabar k. wuwuwu T__T



Wasalam.




Thursday, 7 June 2012

Cuti yang indah

Assalamualaikum

Pantai Tanjung, Brunei Darussalam


Semuanya indah-indah berlaka. Jauh perjalanan luas pemandangan. Perjalanan dari Lawas hinggalah ke Bintulu. Singgah di Miri, singgah di Brunei, berjmpa dengan nenda tercinta. Oh rindu!

Ke Bintulu? Bukanlah kali pertama bagi MissB, mungkin kali ke dua atau ke tiga. Urghh. Baruu kali kedua, ketiga MissB dah kecoh? Bukan bukan. Bukan niat MissB nak kecoh. Cuma sekadar ingin berkongsi kegembiraan MissB sebelum MissB melangkah masuk ke alam "kekuliahan" Semester 2 ni. -,-

Cerita-cerita percutian MissB akan MissB updatekan pada entry yang seterusnya. Amacam? Okay? Okay =)
Ini disebabkan, kesibukan MissB dirumah membataskan MissB untuk men"update" entry dengan lebih kerap seperti selalu. ^_^

Baiklah, jaga diri, hiasi peribadi.

Wasalam



[close]