Assalamualaikum
Setiap permulaan semester ada je entry sedih kan? Huhu T__T meh kita nyanyi dulu ikut mood sekarang ni~
Malam yang sepi pi pi, pak mat buat kopi pi pi, kopi nya hilang lang lang pak mat buat gelang lang lang, gelang nya putus tus tus . . *sambung sendiri lah ye*
|
credit : tumblr |
Memang betul, orang cakap, orang cakap lah, bukan MissB cakap, kalau tengah bersendirian ni, orang yang setabah mana pun, se"cool" mana pun dia, meleleh jugak air mata tu kan. Rindu nya dengan family, air mata MissB dah tak tertahankan lagi, penuh dah kelopak mata ni. Dengan sekali pejam je, fuh, laju je mengalir air mata yang jernih tu.
Sampai ibu call pun MissB tak jawab. Mau tak meraung MissB kalau dijawab call ibu tu. Sebab ibu memang dah msg dah, diorang kat sana tengah sedih, nangis-nangis. Dah ibu msg cenggitu kan. Makin meriah lah tangisan MissB dibuatnya. Ditambahkan pulak sendirian kat bilik ni, sebab roommate (kaksue) belum sampai lagi. T_T *sobs sobs
Cuti semester 3 minggu, sudah cukup membuatkan MissB terasa lama dirumah dan terasa ingin terus menetap dirumah. Malah MissB telah pun meng"apply" dan mengisi borang "bibik sandaran" dirumah. Malangnya, sebab nawaitu kan, kita harus teruskan juga pengajian kat Pulau Mutiara ni. *sobs
|
credit : tumblr |
SACRIFICE. Memang cukup bermakna kan? Di usia 20-an macam MissB ni, memang tak lekang lah perkataan sacrifice - pengorbanan ni. Macam-macam pengorbanan yang kita lakukan dalam hidup ni.
Contohnya, pengorbanan berjauhan dengan family. MissB kalau diikutkan entah dah berapa tahun dah merantau dinegeri orang ni. Dari tingkatan 1 dah rasanya. Tingkatan 1, memang muka "innocent" daftarkan diri sendiri tanpa bantuan parents. Parents tak ikut, diorang kat Sarawak while MissB all alone kat Kuala Lumpur. Alhamdulillah ada lah 2 orang kawan time tu. Huhu T_T Cukuplah 5 tahun kat sana kan. Pastu pilih nak masuk IPG, ambil temuduga kat Sabah. Sebab ingat boleh lah dapat maktab kat Sabah which is NEAR. Kalau tak memang pergi jelah temuduga kat Miri hari tu, tapi entah kenapa tak terfikir pulak nak interview kat sana. Kalau tak mesti dah dapat maktab Batu Lintang ke kan. *ouh confident je -,-
Urghh -,- Sudah sudah sudah! MissB malas nak ungkit lah kenangan lalu lalu ni. Tak gemar. *sobs
Apa yang penting sekarang ni ialah nawaitu. Nawaitu ingin menimba ilmu dinegeri orang dan berbakti dinegeri sendiri. Ini ialah jalan yang kita pilih. MissB sekali lagi dengan beraninya memilih pengorbanan sebagai langkah untuk MissB berjaya dan mencerahkan lagi masa depan MissB dan juga keluarga MissB. MissB tak kisah berjauhan. Tapi kadang-kadang kisah jugak. Especially lepas cuti, sebab bahang cuti masih lagi ada. Macam sekarang ni. T__T *sobs sobs Takpe, MissB yakin, hubungan anak beranak, adik beradik walau sejauh mana pun dipisahkan masih tetap utuh. Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. MissB tahu, walaupun berjauhan doa daripada mereka sentiasa mengiringi MissB.
Kadang-kadang, walaupun, mulut ni sering mengatakan "tak sanggup" , "tak tahan" , "tak suka" , "tak seronok" , namun hakikatnya hati tetap tabah dalam meneruskan liku-liku kehidupan ini. Kerana ini dah jalan yang MissB pilih kan, jadi kenalah teruskan sampai ke penamatnya.
p/s: entry panjang, ayat skema, isi tak seronok. sabar k. wuwuwu T__T
Wasalam.