Miss Butterfly's Stories: April 2012

Monday 30 April 2012

IDK why i love this picture

Assalamualaikum


*IDK = i don't know




credit : StrawberryTelle


HewHewHew \\^_^//  

May I call today as my Wordless Wednesday? Whoops =P Hihi




Wasalam








Sunday 29 April 2012

Esok dan hari seterusnya yang tak seronok

Assalamualaikum





Bukan MissB lah tu kalau tak bergambar dengan makanan.
Memang tak sah lah kalau tak bergambar dengan makanan -,-

\okay berapa kali nak ulang makanan? -,-/



Perasan tak? Hari ni memang rajin MissB update blog kan? Suka hatilah, ini blog MissB \\^_^// Kan? Kan? Bukan apa, hujung minggu kali ni, memang seronok! Tak pernah rasa se-relax macam ni. Memang jarang lah nak melekat kat depan lappy menghadap game MissB. Kalau tak, selalunya dok menghadap WORDS takpun SLIDES. Huh. Boring!

But, Alhamdulillah, diberikan ruang untuk berehat seketika dari semua tu. Syukur! Tapi ini hanya sementara, sebabbbbb . . . . 

Minggu depan is gonna be a hectic week! Seriously Y,Y

  • Replacement classesssssssssss!
  • Replacement classesssssssssss!
  • Sukan -,-   (memang dasar future teacher yang tak bersemangat kesukanan langsung)
  • Replacement classesssssssssss!
  • Replacement classesssssssssss!

Betapa banyaknya kelas nak di-replace Y,Y
Sekarang, counting the days nak balik je lagi. 25 May. Cepat datang :'(








My Sweet Sunday Lunch

Assalamualaikum



TADAA ! \\^_^//




Telur Goreng Ikan Bilis *Nom nom nom  ^o^



I am a cook for today. Ini sebab rumate takde, jadi MissB memasak! Hehe. Believe it or not? Believe it! Haha See the leg okay. Jangan ingat tangan ni tak reti memasak, reti okay. Keturunan nenek moyang gitu loe. Haha 

Simple tapi mengenyangkan perut sudah cukup. jangan banyak songeh nak Cekelet Lecipe, Kepsi, Mekdi bagai k. Duduk je kat bilik, masak telur goreng. ^_^

Baik, perut dah kenyang. Hati banyakkkk senang. Mata pun, rasa macam kena tiup. Phew phew~ Takde keja lain MissB hujung minggu ni. Keje membutaaaaa je -,-





Wasalam.



It's Sunday

Assalamualaikum


Hari ni tak keluar, hari ni buat housekeeping kecil-kecilan kat bilik. Hihi Yelah, sementara rumate keluar kan, MissB ambil peluang ni mengemas bilik. Sebab MissB lebih selesa buat kerja seorang, kalau ada rumate mesti dia nak tolong. Kesian dia. Hehe :D 

Lepas kemas sikit-sikit, baru nampak selesa dan mata MissB kembali kuyu dan mengantok! Haha Burok bebeno perangai. Hyep. Tak mo tak mo ^_^//

Baiklah, actually tengah berkemas tadi, MissB teringat akan khazanah lama MissB. Jadi MissB ingat lepas ni nak sambung buat lah ^_^//

Nak tau tak apa khazanah lama tu?? Brooch MissB yang comel lah, apa lagi. Hehe. MissB nak teruskan. Kesian, dah lama terabai. Hehe. Baiklah. 


credit: Tumblr

Baik. I let u go freely, until u know what is the best and then u may come back to me =)



Wasalam.

Saturday 28 April 2012

Today's breakfast

Assalamualaikum


Morning semua! Jom breakfast, oh myy. Tengok jam dah pukul 12 okay -,-

Its okay. We call it as BRUNCH ^_^//

My brunch is fully sponsored by kak fafa \\^_^// 
Alhamdulillah, rezeki awal pagi, bangun awal. hihi




Thanks Kak Fafa ! Sedap Bihun ni *nom nom nom =D



Terima kasih daun keladi =P  Hihihi


Wasalam.

Coklat Mickey & Minnie Mouse

Assalamualaikum


Sempena Karnival Akademik yang berlangsung Ipg Kampus Pulau Pinang, MissB dengan suka ria nya berkunjung ke booth masing-masing. Antara yang menarik minat MissB haruslah booth makanan -,- Okay fine. MissB memang, tak sah kalau tak berjoli dengan makanan \\^_^//

Memang agak kebetulanlah kan, MissB ternampak satu booth ni, hand made chocolate okay. Meleleh air mata tengok T.T Memey ar~ Dah nama cokelat, cair MissB dibuatnya. Tak perlu ayat-ayat cinta bagai kalau nak buat MissB cair. *Opssy, ada kaitan ke? Haha.

Mula-mula dia bagi tester, MissB dengan muka tak malu. Test lah, dengan muka kebuluq MissB -,-  Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali-kali MissB test. Haha. Sabar k. Jadi, ingatkan lepas melahap semua coklat tester tu tadi, MissB dengan senang hati nak blah dari booth tu. 

Tetiba . . . 


Eh, eh, eh! Macam MissB kenal muka dua pasangan sejoli ni. Uh ha ! Itu kan Mickey & Minnie. Made in chocolate okay! Wahhh, MissB tengah hangat tergila-gilakan Mickey & Minnie, tanpa berfikir panjang membeli cokelat tu dengan menggunakan duit rumate MissB. Sebab MissB tak bawak duit. Again, MissB memang tak tahu malu -,-

Ini dia! Tadaaa !! 


1 tangkai RM1 je =D

Sekarang kat bilik ada 1 je lagi, Mickey. Minnie pulak, MissB dah lahap, dah digest dah pun. Wakaka =p



Sekian.
Wasalam. 










Azanee's 20th Birthday :)

Assalamualaikum


MissB bersama sayang-sayang MissB ^_^// Ni celebrate birthday Miss Azanee yang ke 20 tahun. Still young okayyy. Awet muda tuh. Hihi. Walaupun hari tu hari bersejarah birthday girl, tetapi birthday girl pulak yang sponsored Kepsi ni. Aduh aduh. Hehe. Tapi dalam hati kecil bentuk love MissB rasa sangat seronok \\^_^// Thanks kakak Azanee! Terima kasih daun keladi ye! Hehe

Sebelum dan selepas makan, harus ada sesi bergambar. Haha. Tak pernah muak okay. Especially yang tudung pink tuu. Opss. *ampun ampun. hihihi :D

Kami budak good girl, sebelum makan wajib baca doa makan. ^_^// 


Cake blueberry strawberry cheese *buat nama sendiri*  yang very delicious bagi MissB lah. Haha. Tak tahu pulak apa pendapat kengkawan MissB. Hehe. Apa yang penting, topping nye & strawberry dijadikan hak milik sepenuhnya oleh MissB. Wakakakaka.

Tak elok kan perangai. Padahal birthday orang lain. Haha. *sorry sorry :D  Tapi tak elok membazir, jadi MissB jadi vacuum sementara kat Kepsi tuu. Haha



Okay, done \\^_^//  Happy Birthday Miss Azanee. Love Youuu~




Sahabat selamanya. Sekian.


Wasalam





Friday 27 April 2012

Mid term test 2 : Linguistics

Assalamualaikum


credit: tumblr

Dalam banyak2 subjek, kenapa subjek ni yang harus paling menonjol?
i'm tired enough :(

ready for the second test,
245 - 445 p.m.


wish me luck
T.T










Thursday 26 April 2012

oh sighed!

Assalamualaikum


credit: Tumblr

Shame on me. After a few days and i realized that I SHOULD'NT DO THAT!

I will follow my instinct and pray hard.

InshaAllah, He will help me.


Wasalam



Tuesday 24 April 2012

One more paper.

Assalamualaikum


Credit: Tumblr


Alhamdulillah. 2 subjects dah lepas, esok lagi satu paper. Pengurusan Kokurikulum. Jia You!  \\^_^// 
Lepas tu, ingat kan boleh lah rest, tido awal kan. Nak rehat kan mata panda MissB yang semakin menjadi jadi ni. 

But . . . . . . .  there is always a BUT. and BUT is always comes with BAD NEWS. Ya ya ya ya! Memang bad news pun :(

Ada exam Linguistics pulak dah Jumaat ni, tak habis habis. Hari tu dah exam, tapi suruh repeat pulak dah satu cohort. Ye, sebab Linguistics awak tu susah. We need more time to do revision.  Haiyo~ Penat deh. :(  Mana nak repeat exam, mana nak replacement class lagi, mana nak final lagi, aduh. Sape yang tak penat tu, tabik springggg~ lah sama lu :(

Cube ngerti dong perasaan gue! :(


Its okay, *telan pil chill*  exam Linguistics letak bawah katil dulu, yang penting untuk esok. Okay. Please pray hard! 



Wasalam









8 hour left, then its UAK time!

Assalamualaikum


I wish I could do like this! 

credit: Tumblr



Doakan yang terbaik untuk MissB ye ^_^//

Hari ni ada paper Bahasa Melayu Komunikasi (BMK) dan Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)

very the tough uols~ 



p/s:  All the best to all PISMP students ;)










Monday 23 April 2012

The end, just new beginning for me

Assalamualaikum

credit: Tumblr

Every relationship will end. Relationships with others teach us about ourselves, romantic and otherwise. Its also makes us to be matured, make choices in our life.  As long as you keep learning and moving forward with openness, you’ll find the right person for you. 



p/s: Keep strong, stronger and strongest. 
23/04/2012






Sunday 22 April 2012

Quiz and UAK in a week.

Assalamualaikum



credit : Tumblr



MissB ingat pesan orang tua-tua dulu. Jangan sesekali mengeluh. Walau sesusah mana, sepayah mana pun keadaan kita, jangan sesekali mengeluh. Ini kerana, kita harus tahu, kesusahan itu adalah satu ujian daripadaNya untuk kita. Dia mahu melihat hambaNya berusaha dan sentiasa ingat akanNya dan meminta pertolongan daripadaNya. 

MissB sedar, bukan senang nak jadi senang. Tapi mudah untuk menjadi susah. Kesenangan tidak datang bergolek, tanpa usaha, doa dan tawakal,  kita tak mungkin berjaya. InshaAllah, MissB akan sentiasa ingat 3 perkara ni. 

^_^// Jadi, sila berusaha bersungguh-sungguh untuk Quiz Literature esok dan Ujian Akhir Kursus (UAK) pada hari Selasa dan Rabu!







p/s: 

Hari ni Birthday Miss Azanee, and baru lepas celebrate tadi kat KFC. Pictures will be uploaded later! ^_^//



Hati, kenapa awak ni?

Assalamualaikum


Kenapalah hati ni, susah nak describe macam mana. Satu perasaan yang sangat lain yang membuatkan MissB termenung seketika. Dan berfikir panjang.

 Ya Allah, berikan lah kekuatan kepada hamba mu yang lemah ini. Astagfirullah al alzim. Jauhkan lah hamba mu ini dari segala bala. Jauhkan lah hamba mu ini dari segala dugaan syaitan durjana  Y,Y




credit : google image




Allah kadang-kadang menjauhkan seseorang itu daripada hidup kita atas sebab untuk melindungi kita. Jadi, berhenti mengejarnya.

Jika dia jodoh kita,Allah akan permudahkan segalanya.Dan Allah jaga hubungan kita dgn dia daripada melakukan perkara terlarang.



Ya Allah, terima kasih. 




Wasalam





Saturday 21 April 2012

Minggu yang busy dah berakhir ?

Assalamualaikum


Alhamdulillah, MissB masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan MissB kat maktab tersayang ni. Apapun, minggu ni memang minggu yang mencabar mental, emosi dah fizikal MissB. Y,Y  Huhuhu Memang tak menang tangan MissB dibuatnya, lepas satu satu kerja yang nak kena buat. Tengah struggle macam ni, ketika situasi busy macam ni, memang emosi tak stabil, MissB rasa rindu sangat . . .

Rindu ibu n bapa. Seriously T_T

Lagi sebulan nak balik dah, tapi tiket tak beli lagi. Uwaa. Tak tau nak balik bila. Huhu. And kekadang tu sampai terlupa nak cek tiket pun. MissB tau, kena cepat tak boleh lambat, nanti harga makin mahal, putih mata dibuatnya @_@





P/s: Selasa n Rabu ada Ujian Akhir Kursus. Doakan MissB dapat jawab dengan lancar ye. 



Wasalam ^_^//





Tuesday 17 April 2012

i love both of you till the end

Assalamualaikum



Sibuk, sibuk, busy, busy. Bulan April, bulan ter-busy, ter-sibuk yang pernah MissB lalui. Huhu. Tak cukup tangan MissB dibuatnya. 

Walaupun sibuk, ibu dan bapa menjadi sumber rujukan yang paling utama bagi MissB. Mereka sentiasa ada bersama MissB walaupun kami berjauhan dari segi jasad. 

Dikala MissB hendak terjatuh, merekalah yang membantu MissB untuk berdiri semula. Dikala semangat MissB hendak luntur, merekalah yang membakar semula semangat MissB. Kira merekalah segalanya semuanya bagi MissB ^_^// Sayang MissB kepada mereka sangat lah tidak terhingga dan tidak terkata

i love both of you very much!! 

kertas berwarna-warni hasil daripada gunting gergaji gerigi comel MissB ^_^//
ibu dan bapa yang sangat supportive! \\^_^//


Walapun meja MissB bersepah dengan benda alah yang berwarna warni ini, namun gambar orang yang tercinta, tetap nampak dari jauh. Ini sebagai semangat MissB untuk buat kerja dan tidak lalai dalam setiap apa yang MissB lakukan!  
*salah satu pesan ibu n bapa MissB*





Wasalam =)








Monday 16 April 2012

2nd round - Voucher Buku

Assalamualaikum

Walaupun busy membuat ISL segala bagai, MissB ada nak update sesuatu. *trang tang tang*

Ini lah hasil voucher buku MissB , yang ke 2nd round! ^_^// Tahniah kepada diri sendiri sebab membeli barang yang berfaedah. Hehe. Apa pun, MissB sangat berpuas hati sebab akhirnya, gunting gerigi gergaji comel itu sudah MissB miliki! Yeayyy!! \\^_^// 

Di kesempatan itu juga, MissB sempat/menyempat/ TERAMBIL sebuah novel. Uhh, maaf, tangan ni TERAMBIL dan TERBELI lah pulak. 

Opsssy! ^_^; MissB dengan muka selamba membawa novel tersebut ke kaunter dan pabila sampai di bilik, MissB dengan lahap nya pulun baca novel dan pulun lagi dan lagi, sehingga, habis dibaca novel dalam masa tak sampai sehari. *teruknya  Y,Y



dari kiri: Novel "Terlanjur Mencintaimu" , art scissors, puncher,
mini whiteboard, whiteboard markers, pens

cost: RM50

MissB rasa seronok. Dan berharap ada orang yang baik hati bagi MissB voucher buku lagi. Pleasee~~~ Y,Y Tak cukup rasanya shopping buku-buku & alat tulis.  *tamak haloba. Astagfirullah. . . 

Baik, cukup cukup. MissB buat folio dulu *^_^*


Wasalam







Friday 13 April 2012

Biskut warna-warni

Assalamualaikum

Sumber: http://ismailfitry-klasik.blogspot.com   

Sapa pernah makan? Angkat tangan, angkat tangan. 

Saya!Saya!Saya! *naik atas kerusi, nak angkat tangan paling tinggi* Haha

Rasanya, sesiapa yang pernah merasa zaman kanak-kanak, mestilah pernah makan benda alah ni kan. Hehe. Benda alah ni, sebenarnya ialah biskut warna-warni. Rasanya, sedappppp. Tapi jangan melantak banyak sangat! Bahaya untuk kesihatan tau, tau. ^_^// Lepas makan, mesti minum air suam/mineral water secukupnya. Untuk menyeimbangkan gula dalam badan. *ecewahh. hehe*

Alkisahnya. . .

Tadi MissB pergi Tesco dengan rumate, pastuh nampak lah ada benda berwarna-warni dari jauh. Shining! Silau mata MissB tau. Hehe. Padahal, MissB yang mengade nak beli jugak. Tak kira! Tak kira! *hentak-hentak kaki kat depan makcik cina tu*  Sambil buat muka kebuluq. Haha

Lepas beli je, terus buat muka bangga. HAHAHAHA *ketawa puas hati* . Hidung kemain, dah tau hidung kemetot, nak jugak berlagak hidung mancung. *hidung tinggi* Pastuh, show off kat semua orang kat Tesco, aku ada biskut warna-warni, kau ade? Bhahaha XD   *kejam gile, MissB taklah sekejam tu* Hihihi. MissB terus sorok kat dalam goody bag MissB, kedekut hajah bakhil punya pasal. Haha XD


Oleh itu, bertemankan biskut warni-warni, MissB dengan bahagianya, menyambung membuat fail ISL & Tutorial. 

"Makan didahulukan, kemas fail dikemudiakan" Hahaha 




^_^// Senyum sampai kening \\^_^







Done! Linguistics Presentation

Assalamualaikum




Korangg! Ce tengok. Ada orang suka je buat MissB terharu \\^_^// Arigato !! Lappp U'ollll very much

....................................................................

Bakal-bakal cikgu yang kretip kretip! ^_^  Apa pun, LOVE nye, memang sihat-sihat belaka. Terlebih baja lattew~ Haha . I like i like \\^_^//

Alhamdulillah, atas sokongan kawan-kawan, MissB dengan ringan badan membentangkan tajuk MissB! ^_^//  Ohyeah~ Ohyeah~  Worry no more! Haha   *Sekarang baru boleh gelak, kuikuikui*

Tengok banner, bersaiz A4 kat atas tuh. Hehe. Sweet sangat! Takmo takmo, takmo sweet sangat. Karang kencing manis, susah taw! Hehe . Apa apa pun, sebab banner tersebut, MissB tersenyum simpul time present tadi, nasib bibir tak tersimpul =,=''

Presentation tadi, taklah sehebat mereka yang lain. Huhu. Its not about being humble, tapi macam reality je. Huhu Y,Y  Bukan apa, taktau lah nak explain apa. Sebab soalan MissB adalah sangat direct to the point. No need to explain further. Huhu. Percayalahh~~~  Tak seperti mereka yang lain. Vavavoomm gitu! Takpe takpe, MissB kira bersyukur dapat soalan Morphology ni sebenarnya. ^_^//  


anddd~ sebenarnya, tengah MissB update blog ni, MissB terbayang Burger Mcd. Gulp gulp. Y,Y 




**
Btw, lecturer MissB tadi sangat cantik seperti selalu -,-

Sekian terima kasih. 





Finished

Assalamualaikum


Rotation yang tak tau bila nak habis. Huhu. Maybe it was just a beginning, and i wonder when is the ending! Y,Y  Huhu. *takkan tunggu graduate*  Tu cycle lain pulak dah. Y,Y   *Bukan senang nak jadi cikgu*


----------------------------------------------------------------------------------

Huarghh~ MissB tak tido lagi. 

Have been prepared all the things for the presentation in this evening. *Dalam hati ku berbisik, kenapa aku yang terpilih* Mana taknya, tangan tak cakap bismillah dulu sebelum ambik undi Y,Y.  Arghh. Sudah sudah, jangan disesali semua ini ada hikmah nya. Miss Y*** i lap u. Y,Y

Memandangkan sekarang dah pukul 4:20 pagi. Huh. Mata panda baru nak elok, dah berjaga balik. Cekodok! Y,Y

Then, esok. Hari terakhir untuk survive for this weekend. Phew, //=,=\\ tak boleh nak lega sangat. Ada dua ketul fail menanti kat bawah meja MissB.

Okay fineeeeeeeeeeeeeee! Takde istilah LEGA dan REHAT lagi. Fine fine fineeee -.-// 


"Nite" peeps. 3 hours sleep, before attend my Child development's tutorial class. Huhu. Cukup tak cukup? Macam tak biasa. =,=\\  Nasib baik tutorial 1 hour, kalau tak. Memang berdengkur MissB kat kelas tu nanti. Y,Y huhu



*pray hard 


Wasalam =)

Seriously . . u just over the limit

Assalamualaikum




Harus ikut apa yang kau cakap? Sebab itu hak kau? Fine
I'm a student then should follow all ur instruction. 

*feel like wanna vomit, lejuk muak dengan sikap kau yang macam tak pernah jadi pelajar*



kbye! 



Thursday 12 April 2012

DIY: The Loving Egg

Assalamualaikum


Meh, sama-sama kita tambahkan selera kita dengan memakan Telur yang berbentuk Love, MissB mengada nak panggil "The Loving Egg"  hehe , bolehhhh. nak panggil apa pun boleh. "Telur Ayamku Berbentuk Hati" punnn boleh. Haha =D Asal kan korang bahagia.

MissB pun baru tahu, cenggini ghupenyeee! Tapi ingat, kalau nak buat ni, jangan kasar-kasar ek. Takmo takmo takmo *geleng-geleng kepala* ^_^// Nanti, tak pasal2 pecah pulak telur ayam itu. Tak menjadik lah love love nye. Hehe ^_^ MissB tak sabar nak mencuba, kena beli telur ayam dulu ni kat One-Stop *kedai runcit maktab*

------> Tapi ingat, kalau nak buat love love ni, kena buat terus, lepas rebus tu, biarkan sejuk sekejap. Satu minit. So, senang pembentukan love itu terhasil! =) Senang dilentur.



Selamat Mencuba! =)








Gegaran itu . . .

Assalamualaikum


11 April 2012, semalam merupakan hari yang betul2 buat MissB banyak berfikir dan memikirkan apa yang MissB telah lakukan sepanjang hidup MissB. Semalam, semua dah tahu kan, Tsunami kecil di Acheh, dan akibat Tsunami ini, beberapa kawasan di Malaysia, seperti kat tempat MissB sekarang ni, Georgetown,Penang terkena tempiasnya. Iaitu gegaran. 

Gegaran pertama dirasakan waktu tu pukul 4 lebih petang, MissB pun tak pasti, sebab time tu MissB tengah nak seronokseronok nak baca novel "Terlanjur Mencintaimu". Tiba-tiba je, katil MissB ni bergoyang, padahal katil asrama ni, jenis yang melekat kat dinding. Pelik pulak macam mana boleh bergoyangkan. Benda ni, bukan MissB je yang sedar, rumate MissB pun tersedar! MissB dengan perasaan yang nervous, taktau nak buat apa, terus tanak bangun dari katil. Macam org tak sedar apa2, terus MissB panggil rumate, "rumate, siniiii!! takuttt". 

Lepas tu, tengok2, kat luar bilik mula kecoh, satu blok ni dah bising + nervous. Masing-masing dapat rasa yang blok kami ni bergegar, Huhu. Waktu yang sama, memang macam-macam hal dan perkara yang berlegar-legar difikiran MissB. Hmm. Y,Y  MissB rasa sangat takut. Takut yang amat. Kami diarahkan untuk turun keluar dari bilik. Dan menukar pakaian yang sesuai. Kot2 ada apa-apa, terus keluar blok. Tapi, selepas keadaan waktu tu, kira dah kembali normal. Walaupun, semua normal,  MissB dan rumate, terus pack barang yang penting, seperti IC, purse, buku akaun, sijil lahir dan sewaktu dengannya. Ibu pun dah pesan awal2. Suruh ready, if anything happen. Who knows kan. Hanya Allah yang menentukan. 

Kemudian, MissB pun sambung lah balik nak baca novel and MissB sentiasa online + keep in touch with everyone. Kat internet such as Facebook, kat situ MissB boleh tau perkembangan mengenai Tsunami di Acheh + negara yang terkena tempiasnya. Dan, keep in touch dengan keluarga, kawan-kawan was another way yang MissB boleh buat time tu, supaya apabila terjadi benda yang tidak diingini, mereka org yang pertama akan tau. Y,Y

Pukul 6 lebih macam tu, berlaku lagi gegaran yang kedua! Oh, kali ni, seriously. Perasaan MissB memang, mengatakan yang negatif aje. Huhu Y,Y  Call ibu ASAP. Gtau pulak, suruh diorang sentiasa tengok Tv if ada apa-apa berita pasal Tsunami. Kemudian, kat Facebook, memang dah kecoh. Dan Amaran Tsunami untuk Georgetown pada pukul 9 malam, dan Port Dickson pada pukul 2 pagi! I was like, rasa nak pitam. GEORGETOWN and like seriously, I AM IN GEORGETOWN!  Dalam hati MissB hanya merintih kepadaNya, "Ya Allah, sungguh besar kekuasaan Mu. Menduga kami disini, yang berjauhan dari keluarga". Y,Y



Kami semua berkumpul di Gelanggara, angin malam tu memang dah rasa lain. Tak seperti malam sebelumnya. Huhu Y,Y . Kawan-kawan yang dulunya tabah, mengalirkan airmata. MissB tahu, mereka juga memikirkan apa yang difikirkan oleh MissB. Hmm Y,Y  

Namun, berkat doa dari keluarga dirumah dan seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia di pelusuk dunia. Amaran itu telah ditarik balik. Waktu tu, betapa bersyukurnya MissB, kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan hidup dan meluruskan segala apa yang bengkok dan terus taat setia kepadaNya. Amin. InshaAllah. 


Peringatan seperti ini, mungkin telah banyak menyedarkan kita tentang kekuasaanNya, dan betapa jahilnya kita sebagai hamba di muka bumi ini. Ya Allah. Terima kasih. 























Wednesday 11 April 2012

MissB di GEORGETOWN

Assalamualaikum


Ye, MissB di Georgetown Y,Y Gegaran 2 kali, MissB rasa dan hati MissB juga bergegar. Ketakutan!

 Kini, Alhamdulillah, everything goes fine. Syukur, berkat doa keluarga, rakan dekat dan semua rakyat Malaysia.


Ada hikmah disebalik kejadian ini. Terima kasih Ya Allah.




Tuesday 10 April 2012

Oh April! May ~ Please come faster

Assalamualaikum

Credit : Tumblr

DEGREE LIFE #$%^* !!!!!


T,T  I want home, I want mommy, daddy. Everyone at home ! May , do come faster !!! :(



kbye

Sunday 8 April 2012

Esok test!

Assalamualaikum



Esok ada test. Uwaaaa!! *lompat katak*

Test Linguistic pulak tu. Alamakk!! *cabut cabut rumput*

Wish me all the best. Satu jam je, perah otak untuk Linguistic.

=,="// Jiayou Ai fa !



p/s: Baru je nak tengok ANUGERAH . . . malam ni. huhu T.T








Saturday 7 April 2012

1st round - Voucher Buku

Assalamualaikum

Ber-shopping sakan bersama kawan kawan. Sehari selepas mendapat voucher buku. Haha. *gelojoh

MissB membelanjakan RM150 untuk buku-buku + tafsir Al-Quran dibawah =)


Bermacam buku yang ada *_* meriah mata MissB melihat nya. huhu





Tak dilupakan buku-buku agama :)

MissB akan meng-update entry seterusnya, apa yang MissB beli dengan jumlah RM50, iaitu voucher terakhir MissB ?? Hehehehehe =D



kbye!



Notis layang

Assalamualaikum

BASIC MANNER lah sangat.

Cuaca yang panas terik kat Pulau Pinang ni, ingat nak balik bilik nak tenangkan pikiran. Sekali, ada pulak notis ni! Uihh~ Makin hot hot setuff lah mak kiah dibuatnye kan. Huhu. Ingat bilik MissB je yang ada, yelah. Dah orang kate kite AMBIK barang mereka kan, sekali tengok. Ha! Hamek kau, satu row bilik ni, ada kat pintu masing masing. Huhu. Mencabar keimanan betul.

Tak tahu pangkal dan hujung cerita, tiba tiba dapat notis layang macam ni kan. MissB n rumet buat dek n watlek je. Tak bersalah kan. So, just let it go. Entah apa yang hilang pun tak tahu, diorang sepatutnya bawak berbincang atau buat meeting. Kalau dengan cara macam ni tak menjadi. 

Itulah akibat nya, meletakkan emosi dahulu sebelum tindakan.

Huhu =D


kbye


Baucer buku!

Assalamualaikum




MissB juga dapat boucer buku RM200 ! ^_^// Terima Kasih daun keladi! Apa pun, sekarang MissB masih ada Rm50 lagi. Tak sabar nak habis kan! ^_^// Nanti MissB update entry, buku apa yg MissB belik okayy ^_^


ok bye





Tuesday 3 April 2012

Nak nanges!

Assalamualaikum


Credit tumblr

MissB rasa nak nanges. 

Dear me ,

Please be strong. Less than a week then U are back to normal.
Y,Y

I promise to myself , i WILL NOT doing last minute work anymore
Y,Y







p/s: out of sudden, i miss my family. 






Monday 2 April 2012

Dulu lain sekarang lain

Assalamualaikum




Weee~~ :')




Ok bye ^_^//








Bersyukur.

Assalamualaikum



Untung-untung pagi ni kelas 8 - 10 pg dibatalkan. Alhamdulillah. Boleh lah MissB menyambung tido yang kurang. Huhu

Btw, folio dah submit. Yaw! Seronok. 2 more to go =D


Okay, petang ada kelas "kanak-kanak" . \^_^/ Wee~  Apa yang syiok ialah, aircon kelas pertama. Hehe


Okbye ^_^//




Just nice

Assalamualaikum



The time now is 5:00 A.M. Just finished settle my SBE folio, nothing in my mind. I just missed my bed so much. Zzzzz~


Kbye, 

p/s : praying that I can wake up on time!




Sunday 1 April 2012

Sunday Brunch

Assalamualaikum


Credit Google
Having brunch bersama rumate di bilik. Thanks rumate. Tolong belikan marmite chicken, walaupun MissB lagi suka lemon chicken. Hihi *demand pulak*  ^-^// Lap Youu!

Sekarang,  MissB masih lagi dalam misi menyiapkan fail SBE yang sangat seronok itu ^_^\m/  Tapi, disamping sibuk, MissB tetap tidak akan melupakan untuk MAKAN. Hoho. Bukan apa, tak makan = no energy = asimen tak buat. Haha .

So, MAKAN k ^_^


Hoping that kerja siap sebelum Tea time, kalau tak boleh lah ber tea time di . . . rahsia resepi  hehe ^_^//


kbye.


Sunday Almost-Morning

Assalamualaikum

Credit tumblr

Apa khabar asimen anda? Nak tahu khabar asimen MissB tak??


Tengok muka kat atas tu, macam tu lah MissB sekarang. 

Okay, sekarang dah pukul 5 pagi macam tu. MissB baru nak tido, atleast tido 4 jam cukup. Then baru sambung buat balik, for the FINAL TOUCH. Final lah sangat kan Y,Y 

Btw, Keadaan bilik sekarang bersepah, dan MissB rasa hari ni je MissB dah "tebang" 10 batang pokok. Ohmyyyy~ Im so sorry pokok Y,Y MissB janji lepas ni MissB akan amalkan 3R.



1 down (akan datang) 2 more to go. Chaiyok! Haha




Sleep well people!


p/s: flu dah okay. Flu gedik je tu. Singgah kejap kat hidung MissB =)




Hi April. Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum


credit tumblr

Selamat datang April 2012. Bulan ni ada 30 hari je. Tapi bulan ini memang akan menjadi bulan yang sangat "tuff" . "Tuff" berketul ketul ke ? -,-  Jangan nak lurus sangat k. 

Maksud MissB, menurut takwim diari angry bird MissB, bulan April ni, semua asimen memang banyak nak kena hantar. *every month pun sebenarnya* -,-
Kemudian tak lupa pula pada LATIHAN SUKAN kesayanganku memang kegemaran waktu lapang untuk turun padang. That's why lah ramping macam saloma
 -,- 

Kemudian, kemungkinan besar akan ada EXAM. Okay takmao cerita banyak, sebab MissB rasa nak pitam.


 **sambung buat folio
kbye




[close]