Miss Butterfly's Stories: May 2014

Thursday 8 May 2014

Sebulan

Assalamualaikum

Genap sebulan tak update apa-apa dalam blog ni. Bukan tak sudi, cuma kekadang tak tau nak share apa benda, pastu terfikir tak semua benda perlu dikongsikan dalam blog ni. Sekerat dua kerat benda sahaja yang dapat dikongsi, contohnya MissB baru je selesai Praktikum Pertama iaitu selama sebulan. Kat mana dan di mana? Malas nak kongsi, biarlah saya dan mereka saja yang tau. Eh tapi, rasanya dah bagitau dah kat previous previous previous post -.-

Pengalaman menjadi guru pelatih selama sebulan, sangat sangat cukup mencabar terutama sekali di sekolah ni. Baru sebulan, ntah kalau dua bulan, tiga bulan, macam mana ntah kejadiannya? Moga dipermudahkan sajalah semuanya. Amin. Mungkin tak boleh nak salah kan sesiapa. Yelah, sebelum kita nak menuding jari ke orang lain, lebih baik kita lihat diri kita dulu. Apa kekurangan kita, apa salah silap yang kita lakukan. Ye dak? Think positive. 

Apa yang pasti; Bukan senang nak jadi seorang pendidik, anak-anak yang kita didik tu merupakan anak bangsa untuk masa hadapan. Kita mendidik bukan saja agar anak-anak kita menjadi orang yang berguna di muka bumi ni, malahan untuk di akhirat kelak. Besar tanggungjawabnya kan? Doakanlah supaya saya dapat menjadi seorang guru yang ikhlas dalam mengajar, yang dapat membentuk anak-anak generasi globalisasi kini supaya sedar betapa pentingnya menjadi orang yang berilmu.





Final exam is coming. Wish me luck ❤




[close]