Miss Butterfly's Stories: 2012

Sunday 4 November 2012

Sudah habis itu final exam!

Alhamdulillah, rasa macam lepas exam SPM rasanya. Hihi *over*  Maka dengan itu juga, berakhirnya semester dua. Hihi. Fail fail nota nota pun jeling sebelah mata pun tak sudi. Hyeppp. Takmo takmo. Hihi

Jadual exam yang sangat tak masuk akal, iaitu 3 hari berturut turut, tidur pukul 3 pagi. Akibat study last minit. Ohsem rasanya. Akhirnya dah tiba pun hari yang dinanti nantikan. Hari ni! Sunday! Last paperrrrr,  today. Alhmdulillah.

Lepas ni baru boleh fikir dengan aman, nak pack barang ke, nak basuh baju berbakul ke, nak tengok Instanbul Aku Datang ke? *eh? Haha

Counting days, tunggu family. Holidaysssss! :-) :-)

p/s: Holiday planner is here! Tadaaa! :-)


Friday 26 October 2012

Aidiladha

Sekali lagi beraya di perantauan. Its ok. Saya kuat :-)

P/s lusa tulat dah exam, doakan yg terbaik utk saya ye! :-)


Friday 19 October 2012

Class Party Penamat Semester 2

Assalamualaikum


Alhamdulillah, Semester dua hampir kegarisan penamat. Kuliah tutorial hari ni last. Lepas ni, STUDY WEEK seminggu. InshaAllah, lepas tu . . .

FINAL EXAM!!

lepas tu . . .


FAMILY VACATION!!

cant wait. i must do my best for this final ! pray for me ye ^_^/



Our Tutor, he's a good adviser ;)


Makan semua orang cepat. termasuk ME ! XD Hihihi


Tema Party Sem 2 : Pot Luck! 

So, thats my pot luck! Fruit Salad :) *nom*nom*nom


Everyone is in love with the impossible: the impossible gives you never ending dreams and never ending hopes. :)



Friday 12 October 2012

Wordless Friday. Erk?

Assalamualaikum









Okbye.

Thursday 11 October 2012

Pidato yang tak seberapa.

Assalamualaikum




Nampak confident, tetapi dalam hati hanya Dia yang tahu. ^_^//



Monday 8 October 2012

Alhamdulillah, selesai pidato !

Assalamualaikum


Persiapan sebelum hari pertandingan. Thanks my rumate :`)


Ini first time, first time. Sebelum ni ada jugak, public speaking. Tapi ini pidato, nngak pernah kok! Gigil nya tahap dewos dah. Waktu tengah praktis tu memang lah, sabauu jelah rumate melayan karenah mengalah kan budak darjah 3. Lompat-lompat atas katil macam ular, menjerit macam keldai, ketawa macam semut. Hish. Susah bena nak belatih nya. 

Tapi berkat usaha rumate dan saya sendiri, ku gagahkan jua beraksi di depan semua orang. Hewhew. Macam tak percaya, Tapi, syukur Alhamdulillah, benda dah selesai. Hehe. 

Meh nak kongsi sikit perasaan MissB, 

sewaktu tengah berpidato tu kan, rasa macam semua orang invisible. Memang tak perasan apapun , padahal hakikatnya banyak mata tertumpu ke arah kita. Apa yang ada dalam fikiran time tu, cepat sampaikan isi-isi dan tamatkan pidato. Ada satu masalah MissB bila dah darah gemuruh cinta tu datang, lidah ni rasa macam tersimpul je. Semua huruf nak sebut serentak. Ergh -,- Sangat tak ohsem. Memalukan. Waktu praktis kat bilik, memang berpuluh jta kali tersyasyulll. Nasib baiklah tadi boleh cool-cool, watlek. Ada lah tersasyull sekali dua. Muahaha XD

Apa pun, keputusan nya , MissB dapat hadiah saguhati. Kira okay what. Haha. Dapat hadiah jugak taw. Apa yang penting, pengalaman yang MissB dapat. Bukan senang nak rasa pengalaman ni. =)


Pictures? Esok lah MissB share. Wehehe :D




p.s; esok ada exam Literasi Nombor, wish me all the best. ^_^//



Sunday 7 October 2012

Pameran Literasi Bahasa Melayu

Assalamualaikum

Aucak! Pejam celik, pejam celik. Dah berlalu pun Pameran Literasi Bahasa yang ditunggu-tunggu selama 15 minggu tu. 15 minggu, lama tu. Woo. Baru MissB perasan. Hihi XD Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ini semua berkat doa bonda dan ayahanda di rumah ! :) *hugs*

Gambar kat bawah ni lah my group members sepanjang 15 minggu ni. All the Sarawakians ! Haha. Bukan motif okay, cuma ingin kan kesenangan dalam berbincang dan membuat bahan bantu mengajar (BBM). Yelah, korang mesti tahu kan, benda-benda cenggini mesti kena selalu buat discussion. So, to make the things easier, better pilih insan2 yang sama blok dengan kita, so that nak stay up sampai kul 5 pagi buat BBM ponggg boleh. Hihihi ^_^/


Tadaaaa // Ini gambar nya, cilok dari Daus ! Hihi



from left : Farah, Me, Alifah n Rein <3 

Thanks a bunch, for being such a great team members ! :)

Dan sebelum menamatkan entry hari ini, meh nak show sikit BBM yang tak seberapa ni. Hihi


Ni MissB berikan dia nama, nama nya ialah : Warna-warni Kehidupan

Amacam? Nama tak gempak pun, asalkan objektif permainan ni sampai. Hihi ^_^ Cara nak main benda ni? Nak tahu? Ala-ala main Snake and Ladder, senang kan. Familiar dan friendly gitu. Macam mana MissB kaitkan benda ni dengan Permainan Bahasa? MissB sediakan soalan di petak kosong, yang berkaitan dengan Bahasa Melayu, contohnya, tatabahasa, antonim, sinonim, ayat tunggal dan macam-macam lagi. Mudah kan :)

Baik. Rasanya itu saja. So many things to do, end up MissB dah hasilkan satu entry, kalau lah buat reflection semudah update blog, memang syukur Alhamdulillah. 

:)










Friday 5 October 2012

If you read this

Assalamualaikum

why u are always appear in my dream? :(

what does it means?






Wednesday 3 October 2012

Alhamdulillah , Alhamdulillah.

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Hari ni, dah selesai Pameran Literasi Bahasa. Selepas satu, satu selesai. Akhirnya, penantian yang boleh dikatakan selama 10 minggu, berakhir hari ini. Memang rasa bersyukur sangat.  Boleh senyum dah :) Boleh tidur dengan lena, boleh kemas bilik tanpa gangguan dari kertas kertas yang bersepah. 

Selepas habis Literasi, dah boleh fokus dengan yang lain pula. Pertandingan Netball esok, Pidato isnin, fail literasi dan refleksi selasa, UAK n many more coming ! ^o^//

Berusaha !! ^_^//



Allah will give us what's the best. InshaAllah. Amin :)








Saturday 29 September 2012

Time management itu penting !

Assalamualaikum


See, see, see. Betapa banyak nya things-to-do-list MissB kan?? Every week update, tak pernah less than three. Mesti more than three lah  things-to-do. MissB tunggu masa my little things-to-do wgite board ni kosong. Tapi nampaknya masih meriah. Begitulah keadaan seorang pelajar kan. Tak lekang dari perkataan *assignment, isl, portfolio, kerja kursus* dan macam-macam lagi.

Sekarang MissB baru Tahun 1 degree dah nak merengek macam budak kecik kan? Ishh ishh. Belum masuk practicum year lagi. Bersyukur, sila bersyukur kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran hingga ke tahap ini. \biar ayat skema, asal maksud itu jelas. hihi/

Next week, sangat pack dengan program. One of the programs is Karnival Akademik. MissB terlibat dengan Pameran Literasi Bahasa Melayu, Pertandingan Netball (as if i can play well -,-). Lepas Karnival ada pidato. Ohh noooo. That one, really makes me menggigil ! ~_~''

Apa-apa pun, MissB akan pastikan buat yang habis baik untuk diri sendiri serta group mates MissB. Doakan yang terbaik untuk kami ye ! :)

By the way, the tittle macam takde nak berkaitan sangat dengan content -,- Sorry ! Hihi






p.s : His convocation day is around the corner, how i really wish i can be there.



Thursday 27 September 2012

Musim Hujan : Penang

Assalamualaikum


sediakan payung sebelum hujan, nanti demam pulak ^_^ 

Musim bersilih ganti. Sekarang musim hujan. Namun ia tidak menyekat jadual pembelajaran kami. Tetapi kadang-kadang tu tewas dengan godaan cuaca yang sangat sejuk. Perasaan ingin tidur dan malas menguasai diri. Ditambah pulak, dengan hujung-hujung semester yang dihimpit dengan pelbagai tugasan. Sungguh pack jadual. 

Tambah tolak darab bahagi, kira-kira kurang dari 40 hari lagi untuk cuti semester. Betapa hati ini tak sabar menanti. Kerinduan semakin menebal, terutamanya ayah dan bonda serta adik beradik.

#Selamat Berjuang Para Sahabat Sekalian. InshaAllah, Kejayaan milik anda :)




Tuesday 18 September 2012

Hi hi. Kuatkan semangat!

Assalamualaikum

credit : Google, Tumblr

Untuk berjaya, kita mesti harungi segala susah-payah dahulu. Jangan mengeluh, setiap peluh yang menitis, merupakan mutiara dikemudian hari nanti. 


Mari kita sama-sama berusaha!

:)


Sunday 9 September 2012

Welcome back to school !

Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat nak ucapkan "Welcome-Back-To-School" kan? Atau lebih tepat lagi selamat memulakan hari perkuliahan di Ipg ;)

credit : Google


Bermulanya hari pertama, memang macam kejutan budaya. Haha. Awat? =P Yelah, cuti macam sebulan, padahal baru cuti 2 minggu. Kalau cuti sebulan ntah lah, memang hilang ingatan terus kot pasal Kerja Rumah , ops ! Hehe Bila lecturers tanya, itu ini, masing2 tengok masing2. Ehem! Isyarat mata ada makna okay. Haha. 

First week kat Ipg ni, memang rasa horrible. Memang hectic week lah orang kata kan. Hihi Cer bayangkan..

Isnin 
pagi-pagi dah bersukan. Main Netball youuu. kau hade? Hehe. Bukan setakat main, UJIAN AMALI pulak dahh. Hamekaww. Memang tunggang tebalik jadinya court tu  (╮°-°)╮┳━┳ (╯°□°)╯ ┻━┻

Selasa
Petang tu, lecturer gigih nak buat Mid-Term Test utk subjek Phonology. Baik. Buatlah. Ive tried my "best" dengan tak meninggalkan kosong tak berjawab. Soalan senang kalau STUDY tapi, kenapa saya rasa susah ek? Sebab saya tak study lah kan. (˘﹏˘'')

Rabu
Siangnya dapat kejutan, lecturer nak tengok BBM (Bahan Bantu Mengajar) pulak dah. Satu apa pun tak siap lagi. Nak tunjuk apa? Memang kelam kabut lah, gigih depan meja dia jugak pergi meggunting kain felt tu. Perghh. Memang dasar muka tak malu kan? Haha. Nasib tak kena marah.
Malamnya pula, Tesl Raya. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar ;) Dugaan itu mesti ada kan. Apa apapun, benda dah selesai kan. Alhamdulillah (•‿•)

Khamis
Memang seronok, takde kelas sangat. Macam tau2 je, penat malam tadi. Hehe. Tapi ada pun kelas,  1 subjek je. Tau lah kan subjek sape -,- 

Jumaat
Hey, tak sah kalau takde Ramah Tamah Aidilfitri kat Ipg kan. So hari ni beramah tamah dan ada juga Hari Asrama Terbuka. Tipulah kalau tak rasa disappointed, yelah penat lelah seharian tak tido tuu, supposedly ikut pertandingan bilik tercantik, tapi tunggu punya tunggu , apasal takde penilai datang bilik ni. Me n rumate memang pelik dan keheranan lah jugak. Rupanya ada kisah disebalik udang. Tak mengapalah, next time join lagi. Penat lelah tak tido semalaman berbaloi, kami dua rumate tido tak hengat dunia lepas tu. Haha ;D



Whatever it is, hectic is fun ! v(。◕‿◕。)v


p/s: nervous rasanya nak berpidato, tak pernah seumur hidup. wuwuwu


Tuesday 28 August 2012

Take-A-Break

Assalamualaikum

Memang busy sangat hari ni, banyak benda nak kena settle before tomorrow! Bak lipas kudung kesana kemari, turun naik tangga, buat passport, buat new account  kat maybank. Pastu macam orang kuno, baru tahu sekarang dah tak guna buku dah. =,=
Apa-apa pun . . Nasib ada bonda, yang sentiasa menemani kesana-kemari. Hugs! <3

Alhamdulillah, semuanya settle. Before 5;30 dah sampai rumah and mula bertungkus lumus, for tomorrow

Activities with the kids! Fightingggg!


Rainbow cake, semoga hidupku sentiasa berwarna-warni seperti mu ;) 
Sedap cake ni. Thanks Aunty! 




Monday 27 August 2012

Day 1 - SBE 2

Assalamualaikum


Not  yet teaching, but I can feel the hardness that I am going to face in the future.

O Allah, ease my work, show me the right path.  :(

Sunday 26 August 2012

One step closer - SBE 2




Assalamualaikum



All the best, School Based Experienced 2,


Hi my ex-primary school !
Hi my beloved teachersss !
Hi hi hi super super little little juniors !

Hi to everyone!

Please guide me ;)

tak lama, 4 hari  saja kan ^_^/

Sunday 19 August 2012

"Selamat Hari Raya"

Assalamualaikum

Rasa belum terlambat lagi kan nak ucapkan ,


untuk semua umat Islam di seluruh dunia :`)





Saturday 4 August 2012

Assalamualaikum


Terasa seperti ingin menutup blog ni atas sebab-sebab tertentu.

Tuesday 31 July 2012

*dont read*

Assalamualaikum



I'm not happy even though yesterday was my birthday,

happy birthday, happy birthday, happy birthday to me

happy 20th birthday to me.


Alhamdulillah 



Friday 20 July 2012

Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah

Assalamualaikum


Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab masih dipanjangkan umur untuk menikmati Ramdhan Al-Mubarak yang mulia ini. Walaupun berjauhan daripada keluarga tercinta, MissB harus tabah dan sabar dengan pengorbanan ni. Takpe, masa berlalu dengan pantas. Pejam celik dah cuti dah boleh jumpa lepas rindu ngan family :')

Alhamdulillah, tadi pun sempat solat tarawih dengan kawan-kawan kat Ipg ni. Mula-mula ingat kan tak sempat nak solat tarawih kat surau sebab, kebetulan keluar g Gurney Plaza dgn geng remmoties. Hihi. Yelah, melepas rindu, dah lama tak "makan besar" sesama. Hehe. Tapi, gigih, lepas pulang dari Gurney, ready2 cepat lepas solat maghrib terus direct ke surau ;) Alhamdulillah sekali lagi, untuk permulaan Ramadhan tahun ni. ^_^


Sedikit renungan untuk dikongsi bersama,

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." 
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."



p/s: dekatkanlah dirimu kepadaNya

Sunday 8 July 2012

LAZY ME

Assalamualaikum




As time goes by, 

Ramadhan is just around the corner,

and the schedule is really packed! 

And me, 

as usual,

nothing is change,

me is still . . .

the most laziest person in this small earth.






Friday 22 June 2012

Thalassemia

Assalamualaikum

Pertama sekali tahu tak Thalassemia tu apa?

Thalassemia is a blood disorder passed down through families (inherited) in which the body makes an abnormal form of hemoglobin, the protein in red blood cells that carries oxygen. The disorder results in excessive destruction of red blood cells, which leads to anemia.        -A.D.A.M. Medical Encyclopedia-

credit Wikipedia


Okay dah tahu dah sekarang kan? Hehe. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh tengok kat SINI ^_^ Sebenarnya kenapa tetiba nak share pasal Thalassemia pulak kan hari ni. Hihi. Alkisahnya kat maktab MissB hari ni ada pemeriksaan percuma sempena Bulan Mengenal Dunia Hawa. Jadi batch MissB diberikan priority untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Grab the chance! Bila lagi kan? ^_^

Pemeriksaan dijalankan melalui 4 peringkat:

  1. Isi borang kesihatan. Lelaki dan Perempuan, berbeza soalan dan juga buku kesihatan. Soalan dalam buku perempuan lagi banyak berbanding lelaki. Kita perlu berpengetahuan yang luas utk menjawab soalan kat dalam buku tu, contohnya sejarah keluarga as if diorang ada penyakit yang blaa blaa blaa.

  2. Mengambil darah. *Awwwww* Ini agak menggerunkan. Bagi MissB lah. Huhu. Ada certain people yang memang tak gentar pun. COOL. Tapi bagi MissB SUNTIKAN is NO NO NO =/ . Tapi nak buat achanerr kan. Redha dan pasrah jelah. Sekali pak doktor tu suntik, menjerit meleleh air mata. *sobs* Sakit kot!

  3. Pemeriksaan tekanan darah. Sebelum dan ketika pemeriksaan, adalah sangat penting kalau kita RELAX dan jangan NERVOUS. Kalau tak serta merta tekanan darah kita naik dan tak pasal-pasal di tag sebagai pesakit darah tinggi =,=' Btw, sempat pulak nurse tu cakap, "kenapalah cikgu-cikgu kat sini punya tekanan darah ni agak tinggi, stress ke cikgu?" MissB hanya mampu tersengeh macam kerang busuk =,=/

  4. BMI (Body Mass Index). Ini mesti semorang tau kan achaner. Measure tinggi, berat and you're done. ^_^


InshaAllah tak ada apa =)




p/s: Peratusan bangsa Melayu menghidap thalassemia adalah paling tinggi jika dibanding dengan Cina, India dan lain-lain.


Wednesday 20 June 2012

Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum


"hidup tak selalunya indah"


credit tumblr


Tuesday 19 June 2012

Pertama

Assalamualaikum

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir"


Hari pertama kuliah, not bad. Perjalanan dari asrama ke tempat blok kuliah baru tu, memang sangat lah memenatkan *secara jujur kipas tangan sentiasa di tangan serta payung bau cina. Tapi tak mengapa, kelas nya pun selesa juga. Bak kata orang, berbaloi lah, dah jalan beribu batu, pastu dapat keistimewaan tahap IPT. Ada aircond, tempat duduk, kondisi kelas pun masih baru dan okay lah. Kira okay lahhh. Apa yang penting jangan tinggal buku kat hostel kalau tak, tak ke semput nak ber"jogathon" dari blok baru tu ke asrama. =,=''

Hari pertama kuliah ni juga dah dapat coursework. Subjek apa nak tau? Ni haa kat bawah ni. TSL3104 Phonetics and Phonology ^_^ Terbaik lah lecturer nya, semangat waja sungguh. MissB tak merungut diberi awal coursework ni semua. Malah berterima kasih. So that boleh prepare awal kan? *angguk angguk geleng geleng \=,=/  


my subject for this semester :)
am gonna LOVE it so much !


Hari pertama ni jugalah draw lots untuk pilih soalan mana nak ambik untuk coursework tu nanti. MissB kalau pasal draw lots ni memang berketar jugaklah tangan ni kan. Bukan apa, tangan ni selalu bertuah sangat dapat nombor yang "bertuah". Wuwuwuw T__T 
Jadi tadi MissB sebelum cabut nombor soalan tu, MissB bacalah serangkap ayat, yang kat atas tu, agar dipermudahkan urusan MissB :') 

Lalu . . . inilah yang MissB dapat . . .

MissB dapat question "A1"
Alhamdulillah. Jangan merungut. Takmo takmo :')

Hari Isnin, hari pertama kuliah, subjek yang pertama untuk semester ni, dan dapat soalan yang pertama. *clap clap hands* \^_^/ Banyak betul pertama nya kan. Hehe. Agak jarang terjadi dalam hidup MissB. Hehe. Takpe. Takpe. *Chayok! 

Lalulah MissB namakan entry ini Pertama. Wooot wooottt~~~




p/s: Ingat Nawaitu, jangan nakal2 dah, mulut mesti sentiasa zip! :)



Wasalam








Saturday 16 June 2012

Sacrifice itu pengorbanan

Assalamualaikum

Setiap permulaan semester ada je entry sedih kan? Huhu T__T meh kita nyanyi dulu ikut mood sekarang ni~

Malam yang sepi pi pi, pak mat buat kopi pi pi, kopi nya hilang lang lang pak mat buat gelang lang lang, gelang nya putus tus tus . . *sambung sendiri lah ye*
credit : tumblr

Memang betul, orang cakap, orang cakap lah, bukan MissB cakap, kalau tengah bersendirian ni, orang yang setabah mana pun, se"cool" mana pun dia, meleleh jugak air mata tu kan. Rindu nya dengan family, air mata MissB dah tak tertahankan lagi, penuh dah kelopak mata ni. Dengan sekali pejam je, fuh, laju je mengalir air mata yang jernih tu. 

Sampai ibu call pun MissB tak jawab. Mau tak meraung MissB kalau dijawab call ibu tu. Sebab ibu memang dah msg dah, diorang kat sana tengah sedih, nangis-nangis. Dah ibu msg cenggitu kan. Makin meriah lah tangisan MissB dibuatnya. Ditambahkan pulak sendirian kat bilik ni, sebab roommate (kaksue) belum sampai lagi. T_T *sobs sobs

Cuti semester 3 minggu, sudah cukup membuatkan MissB terasa lama dirumah dan terasa ingin terus menetap dirumah. Malah MissB telah pun meng"apply" dan mengisi borang "bibik sandaran" dirumah. Malangnya, sebab nawaitu kan, kita harus teruskan juga pengajian kat Pulau Mutiara ni. *sobs 

credit : tumblr

SACRIFICE. Memang cukup bermakna kan? Di usia 20-an macam MissB ni, memang tak lekang lah perkataan sacrifice - pengorbanan ni. Macam-macam pengorbanan yang kita lakukan dalam hidup ni. 

Contohnya, pengorbanan berjauhan dengan family. MissB kalau diikutkan entah dah berapa tahun dah merantau dinegeri orang ni. Dari tingkatan 1 dah rasanya. Tingkatan 1, memang muka "innocent" daftarkan diri sendiri tanpa bantuan parents. Parents tak ikut, diorang kat Sarawak while MissB all alone kat Kuala Lumpur. Alhamdulillah ada lah 2 orang kawan time tu. Huhu T_T  Cukuplah 5 tahun kat sana kan. Pastu pilih nak masuk IPG, ambil temuduga kat Sabah. Sebab ingat boleh lah dapat maktab kat Sabah which is NEAR. Kalau tak memang pergi jelah temuduga kat Miri hari tu, tapi entah kenapa tak terfikir pulak nak interview kat sana. Kalau tak mesti dah dapat maktab Batu Lintang ke kan. *ouh confident je -,-

Urghh -,- Sudah sudah sudah! MissB malas nak ungkit lah kenangan lalu lalu ni. Tak gemar. *sobs

Apa yang penting sekarang ni ialah nawaitu. Nawaitu ingin menimba ilmu dinegeri orang dan berbakti dinegeri sendiri. Ini ialah jalan yang kita pilih. MissB sekali lagi dengan beraninya memilih pengorbanan sebagai langkah untuk MissB berjaya  dan mencerahkan lagi masa depan MissB dan juga keluarga MissB. MissB tak kisah berjauhan. Tapi kadang-kadang kisah jugak. Especially lepas cuti, sebab bahang cuti masih lagi ada. Macam sekarang ni. T__T *sobs sobs  Takpe, MissB yakin,  hubungan anak beranak, adik beradik walau sejauh mana pun dipisahkan masih tetap utuh. Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. MissB tahu, walaupun berjauhan doa daripada mereka sentiasa mengiringi MissB.  

Kadang-kadang, walaupun, mulut ni sering mengatakan "tak sanggup" , "tak tahan" , "tak suka" , "tak seronok" , namun hakikatnya  hati tetap tabah dalam meneruskan liku-liku kehidupan ini. Kerana ini dah jalan yang MissB pilih kan, jadi kenalah teruskan sampai ke penamatnya.




p/s: entry panjang, ayat skema, isi tak seronok. sabar k. wuwuwu T__T



Wasalam.




Thursday 7 June 2012

Cuti yang indah

Assalamualaikum

Pantai Tanjung, Brunei Darussalam


Semuanya indah-indah berlaka. Jauh perjalanan luas pemandangan. Perjalanan dari Lawas hinggalah ke Bintulu. Singgah di Miri, singgah di Brunei, berjmpa dengan nenda tercinta. Oh rindu!

Ke Bintulu? Bukanlah kali pertama bagi MissB, mungkin kali ke dua atau ke tiga. Urghh. Baruu kali kedua, ketiga MissB dah kecoh? Bukan bukan. Bukan niat MissB nak kecoh. Cuma sekadar ingin berkongsi kegembiraan MissB sebelum MissB melangkah masuk ke alam "kekuliahan" Semester 2 ni. -,-

Cerita-cerita percutian MissB akan MissB updatekan pada entry yang seterusnya. Amacam? Okay? Okay =)
Ini disebabkan, kesibukan MissB dirumah membataskan MissB untuk men"update" entry dengan lebih kerap seperti selalu. ^_^

Baiklah, jaga diri, hiasi peribadi.

Wasalam



Friday 25 May 2012

Animation MissB yang pertama

Assalamualaikum

Hi! Hi! MissB dah kat LCCT ni. Weheee. Ya ya, MissB tau, sekarang dah pukul 1 lebih pagi. MissB awal, sebab flight nanti pukul 7 pagi.

KL - Miri 

Ye, MissB tau. First timeeee naik flight Miri. Selalunya direct je dari Penang - KK. Alkisahnya, ada Pesta Lawas di Lawas, jadi parents MissB tak dapat fetch MissB kat airport KK. So, terpaksa mengharungi journey yang sangat amat panjang untuk tiba ke rumah ku syurga ku. Huhu. 

Okay okay, This is OUT OF TOPIC!

********************************************

Ini dia gambar animasi pertama MissB, wakaka =D Sila jangan gelak k.

i enjoyed making those "annoying faces"  wakaka =P



Seronok~ hilangkan bosan. hehe



p/s: Oh, hari bahagia akan tiba dalam masa beberapa jam je lagi. *love in the air~ wehee*











Monday 21 May 2012

21 May : Hari DIA♥

Assalamualaikum



Happy Birthday diucapkan kepada bonda MissB yang dicintai,

sayangggg ibu, sayang selamanya, 

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



muka saling tak tumpah, sama sama comel. haha =P

BONDA,
anakanda masih memerlukan petunjuk,
kejalan kebahagiaan,
dunia dan akhirat,
setia mengajar,
erti kekuatan,
restu dan doa,
bonda iringkan,

Terima Kasih atas segalanya,
jasa bonda akan anakanda kenang,

kerana . . .

Kau adalah Ibuku yang kucinta♥



                                                                                                -iluvislam.com-



Wasalam

Saturday 19 May 2012

MissB menghitung hari

Assalamualaikum

Disamping membuat kerja sampingan *so-called menjahit tudung lah sangat*  sewaktu minggu peperiksaan,


|   MissB juga kerap mengitung hari   |




"Pemudahkanlah urusan ku, Ya Allah" 
4 hari lagi.










Wasalam.




Friday 18 May 2012

Birthday Giveaway By Hana Radzi

Assalamualaikum



KLIK BANNER DI ATAS KALAU NAK JOIN!

Hadiah menarik menanti anda, jangan lepaskan peluang ini. 

\\^.^//










Kerja sampingan

Assalamualaikum

Salam Jumaat semuaaaaaaa!



|  ini yang MissB buat sewaktu minggu peperiksaan. *sangat bertuah perangai nya  |






Lagi ada 2 papers, Linguistics & Literature!  Major papers dua dua ni. 
Ohh. Cepatkanlah masa.
Tak sabar rasanya hati ini 
mahu pulang
ke tanah tumpah darah ku ibu pertiwiku

^.^//










Thursday 17 May 2012

17 May : Hari Bahagia

Assalamualaikum


credit:  http://heartylolipop.blogspot.com







I hope it wont stop here.
Cant wait for it goes to the next phase <3 
Thanks for everything :)





Wednesday 16 May 2012

Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum




|  motif ?? teka lah sendiri muahaha ^0^  |









Friday 11 May 2012

Pulun jangan tak pulun

Assalamualaikum




Wahhh, hari hari jumaat sudah! Ini tidak mungkin. Jom kita pulun ramai-ramai! Pulun habiskan satu buku dan berbuku buku lagi buku.  

\baru terhegeh-hegeh nak geledah buku kat bawah katil/   -,-



credit: yeekeru10.deviantart.com 

Tengok tu betapa comelnya doodles muslimah kat atas tu. Tak salah lagi, memang sebijik macam muka MissB, wakakaka ^.^//

Di saat akhir ni, MissB memang nak pijak tanah pun tak rasa dah. rasa macam pijak awan, ohh lembutnyeeeeee, rasa macam gulali warna pink harga seringgit jual kat Tamu Lawas yang sedap tapi sayangnya manis nanti kencing manis, ibu cakap, jadi takboleh beli. Uwaaa. TwT  *okay tetiba, takde kaitan.

Mana tak nya . . . Fikiran hasek ingat rumah rumah rumah. Dah dengan kengkawan yang dah bercuti tu memang berjimba-jimba, beronok-ronok dengan sakan dan meriahnya, pastu upload gambar di laman muka buku dan menge-tag MissB. Ahh! Mereka begitu kejam. Hati MissB rasa macam gigaru-garu dengan garfu. Tak mengapa akan ku gigit telinga kamu sorang sorang sejurus MissB sampai di airport Lawas nanti.  *Nak balik!!! 


Apa-apa pun, carta hati final exam di bawah ni memang buat MissB . . . .  Kegundah gulana-an, kegelisahan, ketakutan, kecuakan, ke-nervous-an. Oh myyy~ I need to stop all these internet access! >,<''
 


credit:  mynot-so-secret-diary.blogspot.com






p/s: Tak salah bersusah-susah sekarang, nanti de kemudian hari boleh senang-lenang ^.^//


All the best utk semua yang bakal menduduki final exam pada minggu depan dan minggu seterusnya.  InshaAllah boleh buat nyeeeeee :'D    *Fightingggggggggggggg!!







Wednesday 9 May 2012

Doa sebelum belajar

Assalamualaikum




credit:  azwaishak.blogspot.com





InshaAllah dipermudahkan. 






i miss my hero and heroin

Assalamualaikum



credit : romansapena.wordpress.com


"Jadikanlah aku diantara golongan-golangan
anak yang soleh dan solehah"










*rindu sangat-sangat kat ibu n bapak, tanak duduk exam, rasa takde semangat, kenapakah? :'(



Positive!

Assalamualaikum




credit : www.aishaardini.com


InshaAllah :')  







p/s: I watched a very cruel video in Facebook and I cried. (T.T) 
      U wanna watch it? Click HERE






This is weirdo !

Assalamualaikum


credit : Tumblr

|   why? why? why did i cry because of others' happiness??  |


:'(



maybe its not your turn, just pray hard and pray for them too because Allah is always with you. InshaAllah    
















p/s: I turned out liking you a lot more than I originally planned. *sigh







Tuesday 8 May 2012

Love the song : Silhouette



Click HERE to download the song.




She is ~  Nikki Flores

credit Wikipedia


I've always been the music in the backgroundI've danced among the shadows on the wallCause no one ever noticed my detailsIn fact they never noticed me at all

But now I'm breaking freeI'm more than an outline of who I use to beI'm coming out of the backlightIt's time to be seen, there's no more featureless portraitShe's ancient history, but I'll never forgetMy silhouette, my silhouette

I used to try to hide my imperfectionsI only saw the world in black and whiteBut no I'm looking at the bigger pictureAnd everything is clearer in my life

But now I'm breaking freeI'm more than an outline of who I use to beI'm coming out of the backlightIt's time to be seen, there's no more featureless portraitShe's ancient history, but I'll never forgetMy silhouette

Now I've opened your eyesCause I'm not letting me go stepping out of the darkI'm so in controlLeave the old you behindRemember to hold on to your soul

I'm more than an outline, yeahI'm coming out of the backlight

But now I'm breaking freeI'm more than an outline of who I use to beI'm coming out of the backlightIt's time to be seen, there's no more featureless portraitShe's ancient history, but I'll never forgetMy silhouette

I'm more than an outline of who I use to beI'm coming out of the backlightIt's time to be seen, there's no more featureless portraitShe's ancient history, but I'll never forgetMy silhouette





Copied from MetroLyrics.com 




[close]