Miss Butterfly's Stories: November 2013

Tuesday 19 November 2013

I'm HOME !

Assalamualaikum

Alhamdulillah, happy sungguh, sungguh sangat betul-betul gembira. Akhirnya final exam pun dah selesai. Now dah ada kat rumah pun, di samping keluarga tersayang. *lap air mata terharu* 

Sepanjang cuti ni, planning tu tak ada lah things-to-do list tu kan. Buat apa yang rasa nak di buat, lebih kepada luangkan masa bersama family tersayang. 

Apapun, ada satu benda yang boleh dikatakan wajib. Memang selalunya cuti sekolah hujung tahun ni, ramai pasangan yang berebut, memilih tarikh yang sesuai untuk buat majlis perkahwinan. Tak terkecuali kazen MissB dan juga kawan. Cuti hujung tahun kan, jemputan kahwin (pengilan) memang banyak. Tapi malangnya tak dapat pergi event kawan MissB, walaupun dekat ja nun di Labuan. Wuwuwu T.T
Nak buat macam mana kan, kebetulan pula sama tarikh dengan majlis kazen.

Sorry Kak Fa. Ku titipkan doa saja dari jauh ye ye :)

*Tutup Cerita Pengilan*


Seghonokkknyyeeeeee

Haa, mentang-mentanglah sekarang ni semua dok main benda alah ni Bistrips kat facebook. Kite pun nak jugaaaak, tak nak ketinggalan. Haha. Comel jugak kan benda ni. Suka tengok, banyak situations and moments yang kebetulan macam apa yang kita tengah buat or alami. Hihi  Plus, kite boleh create our own avatar, depends lah nak buat macam mana pun. MissB buat avatar yang tak-berapa-nak-bertudung -.- Boleh share kat Twitter, Facebook dan memana lah. Iols share kat Twitter jek. Kikiki ^0^



Lastly, enjoy your holidays before it is too late.



Wasalam❤❤



Wednesday 13 November 2013

Happy Holidays

Assalamualaikum

credit: tumblr

Hari yang ditunggu tunggu, dinanti nantikan akhirnya tiba sudah. Last paper subject minor RBT 3118 hari ni menandakan berakhirnya semester 4. Alhamdulillah. Happy memang happy, tapi tough memang tough soalan dia. Perghhh perghhh. Memang reti lah nak jawab pasal elektrik bagai kan. Study pun macam tak study je rasa. Macam susah je. Ok takpe. 

"Let bygones be bygones"

Sekarang kita fikir apa nak bawak balik, dengan limit luggage 20kg tu. Hmm hmm. Lepas tu fikirkan bila nak mulakan packing segala benda, kemas bilik. And yang paling penting apa aktiviti-aktiviti yang meaningful and purposeful sepanjang cuti nanti. Dalam kepala ni memanggggg banyak, tapi buat ke tak tu tak tahulah. Hihi 

Okay, sementara tunggu hari Jumaat. Layan "Jodoh Itu Milik Kita"  sajoooo. Sweet sweet gitu. Boleh lah tersenyum-senyum sendiri dibuatnya. Ntah apa yang suka sangat tu tak tahulah. Mungkin sebab lakonan Farid Kamil & Tizz buat drama ni jadi best! Dah dah, nak sambung nonton drama tu. Byee. 

Wasalam 



Monday 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum



Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk bernafas, meneruskan liku-liku kehidupan. Pejam celik, tak sedar dah di penhujung 30 Zulhijjah 1434, sebentar lagi dan nak masuk ke tahun baru, bulan baru, Muharram 1435. Dimana catatan amal kita ditutup, dan digantikan dengan yang baru.

Dalam masa yang ada, kesempatan yang ada, MissB dan bagi pihak keluarga juga ingin memohon beribu keampunan, kemaafan atas segala kekhilafan yang dilakukan, sama ada secara segaja, tidak sengaja, disedari ataupun tanpa disedari 



Wasalam





[close]