Miss Butterfly's Stories: September 2012

Saturday 29 September 2012

Time management itu penting !

Assalamualaikum


See, see, see. Betapa banyak nya things-to-do-list MissB kan?? Every week update, tak pernah less than three. Mesti more than three lah  things-to-do. MissB tunggu masa my little things-to-do wgite board ni kosong. Tapi nampaknya masih meriah. Begitulah keadaan seorang pelajar kan. Tak lekang dari perkataan *assignment, isl, portfolio, kerja kursus* dan macam-macam lagi.

Sekarang MissB baru Tahun 1 degree dah nak merengek macam budak kecik kan? Ishh ishh. Belum masuk practicum year lagi. Bersyukur, sila bersyukur kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran hingga ke tahap ini. \biar ayat skema, asal maksud itu jelas. hihi/

Next week, sangat pack dengan program. One of the programs is Karnival Akademik. MissB terlibat dengan Pameran Literasi Bahasa Melayu, Pertandingan Netball (as if i can play well -,-). Lepas Karnival ada pidato. Ohh noooo. That one, really makes me menggigil ! ~_~''

Apa-apa pun, MissB akan pastikan buat yang habis baik untuk diri sendiri serta group mates MissB. Doakan yang terbaik untuk kami ye ! :)

By the way, the tittle macam takde nak berkaitan sangat dengan content -,- Sorry ! Hihi






p.s : His convocation day is around the corner, how i really wish i can be there.



Thursday 27 September 2012

Musim Hujan : Penang

Assalamualaikum


sediakan payung sebelum hujan, nanti demam pulak ^_^ 

Musim bersilih ganti. Sekarang musim hujan. Namun ia tidak menyekat jadual pembelajaran kami. Tetapi kadang-kadang tu tewas dengan godaan cuaca yang sangat sejuk. Perasaan ingin tidur dan malas menguasai diri. Ditambah pulak, dengan hujung-hujung semester yang dihimpit dengan pelbagai tugasan. Sungguh pack jadual. 

Tambah tolak darab bahagi, kira-kira kurang dari 40 hari lagi untuk cuti semester. Betapa hati ini tak sabar menanti. Kerinduan semakin menebal, terutamanya ayah dan bonda serta adik beradik.

#Selamat Berjuang Para Sahabat Sekalian. InshaAllah, Kejayaan milik anda :)




Tuesday 18 September 2012

Hi hi. Kuatkan semangat!

Assalamualaikum

credit : Google, Tumblr

Untuk berjaya, kita mesti harungi segala susah-payah dahulu. Jangan mengeluh, setiap peluh yang menitis, merupakan mutiara dikemudian hari nanti. 


Mari kita sama-sama berusaha!

:)


Sunday 9 September 2012

Welcome back to school !

Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat nak ucapkan "Welcome-Back-To-School" kan? Atau lebih tepat lagi selamat memulakan hari perkuliahan di Ipg ;)

credit : Google


Bermulanya hari pertama, memang macam kejutan budaya. Haha. Awat? =P Yelah, cuti macam sebulan, padahal baru cuti 2 minggu. Kalau cuti sebulan ntah lah, memang hilang ingatan terus kot pasal Kerja Rumah , ops ! Hehe Bila lecturers tanya, itu ini, masing2 tengok masing2. Ehem! Isyarat mata ada makna okay. Haha. 

First week kat Ipg ni, memang rasa horrible. Memang hectic week lah orang kata kan. Hihi Cer bayangkan..

Isnin 
pagi-pagi dah bersukan. Main Netball youuu. kau hade? Hehe. Bukan setakat main, UJIAN AMALI pulak dahh. Hamekaww. Memang tunggang tebalik jadinya court tu  (╮°-°)╮┳━┳ (╯°□°)╯ ┻━┻

Selasa
Petang tu, lecturer gigih nak buat Mid-Term Test utk subjek Phonology. Baik. Buatlah. Ive tried my "best" dengan tak meninggalkan kosong tak berjawab. Soalan senang kalau STUDY tapi, kenapa saya rasa susah ek? Sebab saya tak study lah kan. (˘﹏˘'')

Rabu
Siangnya dapat kejutan, lecturer nak tengok BBM (Bahan Bantu Mengajar) pulak dah. Satu apa pun tak siap lagi. Nak tunjuk apa? Memang kelam kabut lah, gigih depan meja dia jugak pergi meggunting kain felt tu. Perghh. Memang dasar muka tak malu kan? Haha. Nasib tak kena marah.
Malamnya pula, Tesl Raya. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar ;) Dugaan itu mesti ada kan. Apa apapun, benda dah selesai kan. Alhamdulillah (•‿•)

Khamis
Memang seronok, takde kelas sangat. Macam tau2 je, penat malam tadi. Hehe. Tapi ada pun kelas,  1 subjek je. Tau lah kan subjek sape -,- 

Jumaat
Hey, tak sah kalau takde Ramah Tamah Aidilfitri kat Ipg kan. So hari ni beramah tamah dan ada juga Hari Asrama Terbuka. Tipulah kalau tak rasa disappointed, yelah penat lelah seharian tak tido tuu, supposedly ikut pertandingan bilik tercantik, tapi tunggu punya tunggu , apasal takde penilai datang bilik ni. Me n rumate memang pelik dan keheranan lah jugak. Rupanya ada kisah disebalik udang. Tak mengapalah, next time join lagi. Penat lelah tak tido semalaman berbaloi, kami dua rumate tido tak hengat dunia lepas tu. Haha ;D



Whatever it is, hectic is fun ! v(。◕‿◕。)v


p/s: nervous rasanya nak berpidato, tak pernah seumur hidup. wuwuwu


[close]