Assalamualaikum
11 April 2012, semalam merupakan hari yang betul2 buat MissB banyak berfikir dan memikirkan apa yang MissB telah lakukan sepanjang hidup MissB. Semalam, semua dah tahu kan, Tsunami kecil di Acheh, dan akibat Tsunami ini, beberapa kawasan di Malaysia, seperti kat tempat MissB sekarang ni, Georgetown,Penang terkena tempiasnya. Iaitu gegaran.
Gegaran pertama dirasakan waktu tu pukul 4 lebih petang, MissB pun tak pasti, sebab time tu MissB tengah nak seronokseronok nak baca novel "Terlanjur Mencintaimu". Tiba-tiba je, katil MissB ni bergoyang, padahal katil asrama ni, jenis yang melekat kat dinding. Pelik pulak macam mana boleh bergoyangkan. Benda ni, bukan MissB je yang sedar, rumate MissB pun tersedar! MissB dengan perasaan yang nervous, taktau nak buat apa, terus tanak bangun dari katil. Macam org tak sedar apa2, terus MissB panggil rumate, "rumate, siniiii!! takuttt".
Lepas tu, tengok2, kat luar bilik mula kecoh, satu blok ni dah bising + nervous. Masing-masing dapat rasa yang blok kami ni bergegar, Huhu. Waktu yang sama, memang macam-macam hal dan perkara yang berlegar-legar difikiran MissB. Hmm. Y,Y MissB rasa sangat takut. Takut yang amat. Kami diarahkan untuk turun keluar dari bilik. Dan menukar pakaian yang sesuai. Kot2 ada apa-apa, terus keluar blok. Tapi, selepas keadaan waktu tu, kira dah kembali normal. Walaupun, semua normal, MissB dan rumate, terus pack barang yang penting, seperti IC, purse, buku akaun, sijil lahir dan sewaktu dengannya. Ibu pun dah pesan awal2. Suruh ready, if anything happen. Who knows kan. Hanya Allah yang menentukan.
Kemudian, MissB pun sambung lah balik nak baca novel and MissB sentiasa online + keep in touch with everyone. Kat internet such as Facebook, kat situ MissB boleh tau perkembangan mengenai Tsunami di Acheh + negara yang terkena tempiasnya. Dan, keep in touch dengan keluarga, kawan-kawan was another way yang MissB boleh buat time tu, supaya apabila terjadi benda yang tidak diingini, mereka org yang pertama akan tau. Y,Y
Pukul 6 lebih macam tu, berlaku lagi gegaran yang kedua! Oh, kali ni, seriously. Perasaan MissB memang, mengatakan yang negatif aje. Huhu Y,Y Call ibu ASAP. Gtau pulak, suruh diorang sentiasa tengok Tv if ada apa-apa berita pasal Tsunami. Kemudian, kat Facebook, memang dah kecoh. Dan Amaran Tsunami untuk Georgetown pada pukul 9 malam, dan Port Dickson pada pukul 2 pagi! I was like, rasa nak pitam. GEORGETOWN and like seriously, I AM IN GEORGETOWN! Dalam hati MissB hanya merintih kepadaNya, "Ya Allah, sungguh besar kekuasaan Mu. Menduga kami disini, yang berjauhan dari keluarga". Y,Y
Kami semua berkumpul di Gelanggara, angin malam tu memang dah rasa lain. Tak seperti malam sebelumnya. Huhu Y,Y . Kawan-kawan yang dulunya tabah, mengalirkan airmata. MissB tahu, mereka juga memikirkan apa yang difikirkan oleh MissB. Hmm Y,Y
Namun, berkat doa dari keluarga dirumah dan seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia di pelusuk dunia. Amaran itu telah ditarik balik. Waktu tu, betapa bersyukurnya MissB, kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan hidup dan meluruskan segala apa yang bengkok dan terus taat setia kepadaNya. Amin. InshaAllah.
Peringatan seperti ini, mungkin telah banyak menyedarkan kita tentang kekuasaanNya, dan betapa jahilnya kita sebagai hamba di muka bumi ini. Ya Allah. Terima kasih.