Miss Butterfly's Stories: 2013

Friday, 20 December 2013

Result Sem4

Assalamualaikum

Firstly, syukur Alhamdulillah. Terkejut, tak sangka dan it is worth it and all the hard works paid off.  Kali ni rezeki MissB nak dapat dean. Alhamdulillah. Memang betul, siapa yang sabar, siapa yang berusaha lebih, tak kurang juga berdoa, InshaAllah akan diberikan ganjaran. Jadi rasanya ini adalah ganjaran untuk MissB. Memang bukan senang, especially subjek yang satu tu. Asimen dia, malas nak cakap lah, berapa kali rejected. Redo lepas tu bila submitted markah paling tinggi C+. Redha saja time tu. Mungkin bagi dia, itu gred selayaknya kan. Sobs. Tapi tak sangka bila dapat result tadi , I got A- . Waa waaa. Biar pun A- , syukurrrrrrrrr baq ang. I am happy and very satisfied, at least there is something yang boleh buat MissB happy memandangkan cuti berbaki seminggu je lagi. Okay tanak cakap lebih pasal tu *kesat air mata*

Secondly, yang buat tak percaya ni. Result came out before new semester starts. Congratulations! Sebab selalunya sebelum ni memang dalam pertengahan semester tu baru tahu result. Tapi kali ni, macam kebanyakan IPG dah keluar result awal. Sebab tengok kat facebook, semua dok update pasal result je. Hehe Semua students IPG pun tak ada yang bising-bising dah pasal result ni. Semua dah happy dah dengan result memasing. Syukuuurr. Harapnya tak ada masalah lagi lah kan. MissB tau SUP memang kerja keras buat yang terbaik, key-in markah secara online bukan kerja yang mudah :') Thanks a lot. 

Thirdly, counting days nak pergi holiday, kira family vacation gittew. 25-29th December. Happyyyyy! Tapi . . . . . 31stDec dah kena balik Penang. Time flies so fast! Uwargh. Takpe, selagi masih ada masa, jangan sia-siakan. ❤❤


xoxo,
MissB



Wasalam

Wednesday, 18 December 2013

Current Addiction


Current addiction. 
Macam best je, macam romantik je, macam seronok je. Hehe
Ye ye, lambat. Semua orang dah habis nonton dah ni. MissB baru nak mula nonton.

Faith/The Great Doctor

That Winter,The Wind Blows


xoxo,
MissB


My mind speaks.

Kan dah cakap,
distance itu cumalah noun. 
Ia cuma,
pengukur sejauh mana kesetiaan kita,
pengukur sejauh mana kecekalan hati kita,
pengukur ketabahan kita,
pengukur ❤

Aku?
Aku,
cukup kuat,
cukup tabah,
cukup setia,

cukup sudah cukup untuk disakiti buat ke berapa kali ntah.

_______________________________________________________________________________


Okay, back to normal. Atas tu cuma nukilan yang fikir-terus-taip. Kekadang tak faham dengan mereka yang jantina nya lelaki ni. Mudah sangat untuk mereka mengungkapkan sayang, cinta, rindu. Walhal baru sehari dua kenal. Lepas tu bila kita ni sebagai perempuan, mula lah dah ada perasaan untuk membalas balik sayang, cinta, rindu. 

Tapi . . .

Lain pula jadinya, setelah tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga berlalu. Pada waktu ini, bila distance mula dijadikan alasan untuk tidak mampu lagi mengungkapkan sayang, cinta dan rindu. Disaat aku sudah memunyai perancangan yang seterusnya, disaat aku sudah mula meniti jambatan untuk keseberang sungai. Kenapa sekarang? Kenapa noun itu juga yang dijadikan alasan?

Maka, disitu timbul pula pelbagai alasan-alasan lain yang diberikan sebagai backup untuk menutupi kesalahan mereka. *if you know what i mean, maybe girls understand*  

Kenapa begitu mudah untuk mereka melepaskan, menguraikan ikatan yang sedang disimpul? Haish. Sedih sedih sedih. Tapi ego mungkin lagi tinggi, setiap hari ego ni bebisik, "kau kuat, kau punya impian, dia bukan lah penghalang, move on because the train will not wait for you"

Bukan dia yang ku tunggu. Kalau ada jodoh, kalau jodoh itu kuat, InshAllah tak kemana. Aku berhak untuk mendapatkan yang lebih baik atau sama baik seperti mu. Kerana, aku berdoa disujudku setiap waktu, berikanlah ku jodoh yang baik yang mampu membimbing ku ke jalan-Mu. Amin.


xoxo,
MissB




Tuesday, 17 December 2013

If you know what I mean




If you really care,
If you have the patience,
If you know what I mean,

Distance is not a matter.




xoxo,
MissB

Friday, 13 December 2013

To tell or not to tell

Assalamualaikum



To tell or not to tell,
If you're not going to tell, I feel uncomfortable,
Then, I ask you just tell,
Just tell the truth,

You tell the truth,
I know,
I know I am going to hurt.

You said it, and yes,
it hurts me a lot.


Wednesday, 11 December 2013

LDR

Assalamualaikum

sebelum baca, pastikan anda tidak terlampau kenyang kerana dikhuatiri makanan anda akan terkeluar semula *finger crossed*


LDR
Long Distance Relationship.


Tak susah, tak senang. 
Memang seronok je LDR ni bagi mereka yang kental dan tahan serta tahap mempercayai pasangannya ialah 101%

Gambar macam tak ada kaitan -.-

"Biar apa saja yang kau lakukan tidak pernah memuaskan hati si dia, dan apabila apa saja yang si dia lakukan tidak pernah memuaskan hati kau, maka berpalinglah keduanya. Mungkin ada yang lebih baik diciptakan untuk kau dan aku." --- (Alexia Aqram,Terfaktab Buku Pertama)

Jauh bukan lah satu penghalang, ia cuma satu pita pengukur, sejauh manakah kepercayaan kita terhadap pasangan kita. Ataupun, sejauh manakah kesetiaan pasangan kita. Betul? Yaa, kalau betul angguk, kalau tidak, geleng. Hihi ^_^

Jauh tak semestinya kita kena contact each other 24/7. Inform your partner, sekarang tengah buat apa, jakgi nak buat apa, petang nanti plan nak tido petang kejap. Noo, nooo, nooo tak perlu nak bagi tahu semua benda, konon konon YOU'RE in LDR , so both kena saling tahu mengetahui, padahal masing-masing tak percaya kat partner memasing. Sebab tu nak tahu schedule memasing kan. Cemburu sangat kan. Haha bagi MissB, even jarang calling, jarang texting as long as we both happy and memasing tahu yang we love each other everyday dan juga saling merindui dari jarak jauh.❤ Haaa. Hamekawww. *muntah pink*

Memang susah nak mempercayai kan (ayat macam apa je T_T) , sedangkan yang depan mata pun senang nak menipu kita apatah lagi yang bukan depan mata. Betul tak Kak Ton?? Hihi Kekadang, the situation is different, kita ni rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Tak semua orang setia, tak semua orang boleh dipercayai. Jadi untuk tidak menjadi dalam antara golongan yang tidak setia dan tidak boleh dipercayai, marilah kita yang ambil langkah untuk menjadi setia dan boleh dipercayai. *muntah hijau*

Oleh itu, ceriakan hari hari anda dengan kehidupan yang lovey dovey, jangan stress-stress dan yang penting jangan jadikan JARAK sebagai alasan untuk anda mensia-siakan your quality relationship yang terbina. *pengsan*

Jadi, I AM A YES to LDR :p



xoxo,
MissB






Tuesday, 19 November 2013

I'm HOME !

Assalamualaikum

Alhamdulillah, happy sungguh, sungguh sangat betul-betul gembira. Akhirnya final exam pun dah selesai. Now dah ada kat rumah pun, di samping keluarga tersayang. *lap air mata terharu* 

Sepanjang cuti ni, planning tu tak ada lah things-to-do list tu kan. Buat apa yang rasa nak di buat, lebih kepada luangkan masa bersama family tersayang. 

Apapun, ada satu benda yang boleh dikatakan wajib. Memang selalunya cuti sekolah hujung tahun ni, ramai pasangan yang berebut, memilih tarikh yang sesuai untuk buat majlis perkahwinan. Tak terkecuali kazen MissB dan juga kawan. Cuti hujung tahun kan, jemputan kahwin (pengilan) memang banyak. Tapi malangnya tak dapat pergi event kawan MissB, walaupun dekat ja nun di Labuan. Wuwuwu T.T
Nak buat macam mana kan, kebetulan pula sama tarikh dengan majlis kazen.

Sorry Kak Fa. Ku titipkan doa saja dari jauh ye ye :)

*Tutup Cerita Pengilan*


Seghonokkknyyeeeeee

Haa, mentang-mentanglah sekarang ni semua dok main benda alah ni Bistrips kat facebook. Kite pun nak jugaaaak, tak nak ketinggalan. Haha. Comel jugak kan benda ni. Suka tengok, banyak situations and moments yang kebetulan macam apa yang kita tengah buat or alami. Hihi  Plus, kite boleh create our own avatar, depends lah nak buat macam mana pun. MissB buat avatar yang tak-berapa-nak-bertudung -.- Boleh share kat Twitter, Facebook dan memana lah. Iols share kat Twitter jek. Kikiki ^0^



Lastly, enjoy your holidays before it is too late.



Wasalam❤❤



Wednesday, 13 November 2013

Happy Holidays

Assalamualaikum

credit: tumblr

Hari yang ditunggu tunggu, dinanti nantikan akhirnya tiba sudah. Last paper subject minor RBT 3118 hari ni menandakan berakhirnya semester 4. Alhamdulillah. Happy memang happy, tapi tough memang tough soalan dia. Perghhh perghhh. Memang reti lah nak jawab pasal elektrik bagai kan. Study pun macam tak study je rasa. Macam susah je. Ok takpe. 

"Let bygones be bygones"

Sekarang kita fikir apa nak bawak balik, dengan limit luggage 20kg tu. Hmm hmm. Lepas tu fikirkan bila nak mulakan packing segala benda, kemas bilik. And yang paling penting apa aktiviti-aktiviti yang meaningful and purposeful sepanjang cuti nanti. Dalam kepala ni memanggggg banyak, tapi buat ke tak tu tak tahulah. Hihi 

Okay, sementara tunggu hari Jumaat. Layan "Jodoh Itu Milik Kita"  sajoooo. Sweet sweet gitu. Boleh lah tersenyum-senyum sendiri dibuatnya. Ntah apa yang suka sangat tu tak tahulah. Mungkin sebab lakonan Farid Kamil & Tizz buat drama ni jadi best! Dah dah, nak sambung nonton drama tu. Byee. 

Wasalam 



Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum



Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk bernafas, meneruskan liku-liku kehidupan. Pejam celik, tak sedar dah di penhujung 30 Zulhijjah 1434, sebentar lagi dan nak masuk ke tahun baru, bulan baru, Muharram 1435. Dimana catatan amal kita ditutup, dan digantikan dengan yang baru.

Dalam masa yang ada, kesempatan yang ada, MissB dan bagi pihak keluarga juga ingin memohon beribu keampunan, kemaafan atas segala kekhilafan yang dilakukan, sama ada secara segaja, tidak sengaja, disedari ataupun tanpa disedari 



Wasalam





Thursday, 31 October 2013

Exam datang, Holiday menunggu

Assalamualaikum

Busy busy, sampai lappy dah berapa hari tak bukak. Exam tak lama dah, preparation? Malas nak komen lah. Tak remaja kalau tak study last minute. Eh? Okay tak tak , MissB je yang study last minute -.- 
Kekadang semangat nak study tu datang sampai nak stop pun tak boleh. Sampai, 

"oit oit benti lah wakkk, wakk benti, titeww penat dah ni", kata otak

Bila semangat nak study langsung tak ada, apa lagi, MissB memang layankan Candy Crush Saga tu sampai sepuloh kali naik level uols! Nampak sangat 24 jam mengadap benda alah tu je kan? Ish ish. Tapi tu jelah cara nak entertain kan diri ini. Nak keluar memang malas, bukan apa, biasalah hujung-hujung semester ni. Faham-fahamlah ye? 

Then, dalam masa yang sama, MissB sangat EXCITED! Sebab, cuti pun hampir tiba. Rindu sangat ni kat family kat rumah. Ada satu masa tu, rasa macam tersangat sangat penat. Physically, mentally and emotionally tired sampai rasa nak menangis. Haish. Ni kes dah terbawa-bawa, terlampau ikutkan sangat perasaan. Sampai lupa kewajipan yang perlu dilaksanakan. Sampai bonda pun pesan,

"jangan fikir dulu nak balik tu, buat dulu apa yang penting, kami di sini pun rindu,"

Okay, emosi pulak :')

Repost dari Instagram "Countdown :)"

Wasalam 

Thursday, 24 October 2013

Marah

Assalamualaikum

Kenapa kita marah?

Soalan yang nampak mudah tapi sebenarnya susah nak jawab. Kekadang marah ni bersebab, tapi ada jugak marah tak bersebab, kita marah tanpa kita sedar dan tak tahu apa yang trigger kemarahan kita tu. Contohnya bila datang angin tak baik, orang bergurau sikit pun boleh jadi kemarahan buat kita. Seram kan. Ish ish.

For me, marah ni bila kita ada satu masalah yang ada dalam fikiran kita and kita rasa masalah tu sangat membebankan jiwa dan raga, membuatkan hidup jadi kusut masai. At the same time, ada orang yang annoying pergi kacau-kacau kita which is not in a good mood. Jadi kemarahan pun terhasil.

Jadi kalau marah, benda yang MissB selalu buat untuk redakan kemarahan ialah:

  1. Diamkan Diri

    Lebih selesa diamkan diri, kalau rasa-rasa nak marah tu better keep silence and do my own work. MissB akan buat kerja sendiri, macam kurangkan bercakap and time ni lah MissB akan reflek apa sebenarnya yang membuatkan MissB rasa marah. Mungkin diri kita sendiri yang out of control, yang tak dapat nak balance emosi. Bagi MissB mendiamkan diri ni bukan nak larikan diri ke hape, just for me diam itu lebih baik daripada tetiba kita marah kat orang-orang yang tak sepatutnya kan. Tak pasal-pasal jadi kes lain pula. Pernah tau jadi, mungkin salah MissB juga pergi call orang yang tengah tido, tapi kita mana tahu kan orang yang kita nak call tu tengah buat apa. Then, bila orang yang MissB call tu answered dengan nada yang tinggi, marah-marah pulak tu, dah lah kiteww ni cencitip! Kecik pulak hati MissB dibuatnya =.=

  2. Bersuka Ria Bersama Teman

    Berjimba sememangnya satu benda yang seronok. Lupakan sementara apa yang buat kita marah, abaikan abaikan abaikan abaikaaaaaaaaaaaan. Anggap kita adalah antara orang yang bertuah, yang paling tak ada masalah kat dunia ni. *Perghhhhh*  MissB selalu je ajak kekawan jalan ke, tengok muvee kat lappy ke, keluar makan ke, tak payah jauh lah, takpayah nak makan Seoul Garden kat Queensbay or Gurney ke, nun makan kat foodcourt Tesco dah boleh buat rasa marah tu hilang. At least keluar juga dari maktab ni kan, tak lah seteressshh. Hehe. Kekadang bila dah marah pastu buat-buat tak marah depan kengkawan, MissB akan jadi hyper-active, mulut tak berenti mengomel.Takpe, nasib ada kawan yang sekepala kan.  Then, kemarahan tu dengan sendirinya hilang. Alhamdulillah, syukur :)

Dah panjang sangat la pulak entri ni. Actually, banyak lagi benda yang kita boleh buat untuk mengelakkan kemarahan tu memudaratkan diri. Dan yang penting, segeralah ucapkan  أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk). InshaAllah, hilanglah perasaan marah kita tu \^_^/

Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. [Ali`Imran/3:134]
In times of great stress or adversity, it is always best to keep busy, to plow your anger and your energy into something positive. --- Lee Lacocca 
Jangan pernah membiarkan hidupmu dipenuhi dengan rasa sedih, marah dan benci kerana semua itu tidak akan mengubah hidupmu yang lebih baik dimasa yang akan datang besok 


Wasalam 




Wednesday, 23 October 2013

Let's Begin

Assalamualaikum

Finally, kembali ber-blogging. Rindu nak menaip, rindu nak merapu, rindu nak berkongsi cerita dan rindu semualah. Last entri tahun pun lepas, bulan November. Betapa lamanya, banyak sangat kekangan bila nak menaip je, ada benda yang menghalang. Laptop rosak lah, idea tak ada lah, pastu bila nak blog something, nak taip dah ni, tetiba ada je benda/orang yang menghalang. Bila mood riang ria raya datang, jari jemari gatal nak menaip, tetiba je ada orang spoil kan mood. Haa, sapa? Sapa? Hehe
Semester lepas, nak kata busy tak jugak, tapi boleh lah tahan busy. \Lebih kepada menyibukkan diri je sebenarnya/ Okay taknak cakap lebih pasal yang lepas, I've moved on! Wewitssss 
And now, dah ke penghujung Semester 4, Nay or Yay? 

  • Yay - sebab nak cuti panjang dahh. Yeayyyyyy \^.^/
  • Nay - sebab final exam 2 minggu je lagi *sigh* /-.-\
Sekarang study week. Hari ni dah Rabu, minggu pertama dah nak berakhir, tapi macam biasa, "enjin kereta" belum panas. Belum sentuh apa-apa pun. Ish ish. Bila ntah nak insaf nye? Kemain kalau tiap permulaan semester, Visi dan Misi serta Matlamat, kena rajin kena rajin kena R A J I N. Yelah, matlamat kena ada, tercapai ke tidak belakang cerita. Eh? >.< 

Okay, stop. Tak boleh malas malas malas. Fullstop :)

Lastly, 

All the best for all students of IPGKPP








[close]