Miss Butterfly's Stories: Marah

Thursday, 24 October 2013

Marah

Assalamualaikum

Kenapa kita marah?

Soalan yang nampak mudah tapi sebenarnya susah nak jawab. Kekadang marah ni bersebab, tapi ada jugak marah tak bersebab, kita marah tanpa kita sedar dan tak tahu apa yang trigger kemarahan kita tu. Contohnya bila datang angin tak baik, orang bergurau sikit pun boleh jadi kemarahan buat kita. Seram kan. Ish ish.

For me, marah ni bila kita ada satu masalah yang ada dalam fikiran kita and kita rasa masalah tu sangat membebankan jiwa dan raga, membuatkan hidup jadi kusut masai. At the same time, ada orang yang annoying pergi kacau-kacau kita which is not in a good mood. Jadi kemarahan pun terhasil.

Jadi kalau marah, benda yang MissB selalu buat untuk redakan kemarahan ialah:

  1. Diamkan Diri

    Lebih selesa diamkan diri, kalau rasa-rasa nak marah tu better keep silence and do my own work. MissB akan buat kerja sendiri, macam kurangkan bercakap and time ni lah MissB akan reflek apa sebenarnya yang membuatkan MissB rasa marah. Mungkin diri kita sendiri yang out of control, yang tak dapat nak balance emosi. Bagi MissB mendiamkan diri ni bukan nak larikan diri ke hape, just for me diam itu lebih baik daripada tetiba kita marah kat orang-orang yang tak sepatutnya kan. Tak pasal-pasal jadi kes lain pula. Pernah tau jadi, mungkin salah MissB juga pergi call orang yang tengah tido, tapi kita mana tahu kan orang yang kita nak call tu tengah buat apa. Then, bila orang yang MissB call tu answered dengan nada yang tinggi, marah-marah pulak tu, dah lah kiteww ni cencitip! Kecik pulak hati MissB dibuatnya =.=

  2. Bersuka Ria Bersama Teman

    Berjimba sememangnya satu benda yang seronok. Lupakan sementara apa yang buat kita marah, abaikan abaikan abaikan abaikaaaaaaaaaaaan. Anggap kita adalah antara orang yang bertuah, yang paling tak ada masalah kat dunia ni. *Perghhhhh*  MissB selalu je ajak kekawan jalan ke, tengok muvee kat lappy ke, keluar makan ke, tak payah jauh lah, takpayah nak makan Seoul Garden kat Queensbay or Gurney ke, nun makan kat foodcourt Tesco dah boleh buat rasa marah tu hilang. At least keluar juga dari maktab ni kan, tak lah seteressshh. Hehe. Kekadang bila dah marah pastu buat-buat tak marah depan kengkawan, MissB akan jadi hyper-active, mulut tak berenti mengomel.Takpe, nasib ada kawan yang sekepala kan.  Then, kemarahan tu dengan sendirinya hilang. Alhamdulillah, syukur :)

Dah panjang sangat la pulak entri ni. Actually, banyak lagi benda yang kita boleh buat untuk mengelakkan kemarahan tu memudaratkan diri. Dan yang penting, segeralah ucapkan  أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk). InshaAllah, hilanglah perasaan marah kita tu \^_^/

Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. [Ali`Imran/3:134]
In times of great stress or adversity, it is always best to keep busy, to plow your anger and your energy into something positive. --- Lee Lacocca 
Jangan pernah membiarkan hidupmu dipenuhi dengan rasa sedih, marah dan benci kerana semua itu tidak akan mengubah hidupmu yang lebih baik dimasa yang akan datang besok 


Wasalam 




6 comments:

  1. kalau marah kena duduk..amik wuduk..

    ReplyDelete
  2. blogwalkingg!! setelah sekian lama tak berblogwalking..
    thanks singgah belog kami.. meh singgah lagi yea:)

    ada tak org marah, sebab suka-suka marah?? hiks.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, pasti akan singgah ! :))

      Erm, ada kot. Orang mengada . Haha :p

      Delete
  3. yeay!!!!!!!!!!!!!!!!! datang balik..

    ReplyDelete

Thanks for the comment ^.^//

[close]