Miss Butterfly's Stories: October 2013

Thursday, 31 October 2013

Exam datang, Holiday menunggu

Assalamualaikum

Busy busy, sampai lappy dah berapa hari tak bukak. Exam tak lama dah, preparation? Malas nak komen lah. Tak remaja kalau tak study last minute. Eh? Okay tak tak , MissB je yang study last minute -.- 
Kekadang semangat nak study tu datang sampai nak stop pun tak boleh. Sampai, 

"oit oit benti lah wakkk, wakk benti, titeww penat dah ni", kata otak

Bila semangat nak study langsung tak ada, apa lagi, MissB memang layankan Candy Crush Saga tu sampai sepuloh kali naik level uols! Nampak sangat 24 jam mengadap benda alah tu je kan? Ish ish. Tapi tu jelah cara nak entertain kan diri ini. Nak keluar memang malas, bukan apa, biasalah hujung-hujung semester ni. Faham-fahamlah ye? 

Then, dalam masa yang sama, MissB sangat EXCITED! Sebab, cuti pun hampir tiba. Rindu sangat ni kat family kat rumah. Ada satu masa tu, rasa macam tersangat sangat penat. Physically, mentally and emotionally tired sampai rasa nak menangis. Haish. Ni kes dah terbawa-bawa, terlampau ikutkan sangat perasaan. Sampai lupa kewajipan yang perlu dilaksanakan. Sampai bonda pun pesan,

"jangan fikir dulu nak balik tu, buat dulu apa yang penting, kami di sini pun rindu,"

Okay, emosi pulak :')

Repost dari Instagram "Countdown :)"

Wasalam 

Thursday, 24 October 2013

Marah

Assalamualaikum

Kenapa kita marah?

Soalan yang nampak mudah tapi sebenarnya susah nak jawab. Kekadang marah ni bersebab, tapi ada jugak marah tak bersebab, kita marah tanpa kita sedar dan tak tahu apa yang trigger kemarahan kita tu. Contohnya bila datang angin tak baik, orang bergurau sikit pun boleh jadi kemarahan buat kita. Seram kan. Ish ish.

For me, marah ni bila kita ada satu masalah yang ada dalam fikiran kita and kita rasa masalah tu sangat membebankan jiwa dan raga, membuatkan hidup jadi kusut masai. At the same time, ada orang yang annoying pergi kacau-kacau kita which is not in a good mood. Jadi kemarahan pun terhasil.

Jadi kalau marah, benda yang MissB selalu buat untuk redakan kemarahan ialah:

  1. Diamkan Diri

    Lebih selesa diamkan diri, kalau rasa-rasa nak marah tu better keep silence and do my own work. MissB akan buat kerja sendiri, macam kurangkan bercakap and time ni lah MissB akan reflek apa sebenarnya yang membuatkan MissB rasa marah. Mungkin diri kita sendiri yang out of control, yang tak dapat nak balance emosi. Bagi MissB mendiamkan diri ni bukan nak larikan diri ke hape, just for me diam itu lebih baik daripada tetiba kita marah kat orang-orang yang tak sepatutnya kan. Tak pasal-pasal jadi kes lain pula. Pernah tau jadi, mungkin salah MissB juga pergi call orang yang tengah tido, tapi kita mana tahu kan orang yang kita nak call tu tengah buat apa. Then, bila orang yang MissB call tu answered dengan nada yang tinggi, marah-marah pulak tu, dah lah kiteww ni cencitip! Kecik pulak hati MissB dibuatnya =.=

  2. Bersuka Ria Bersama Teman

    Berjimba sememangnya satu benda yang seronok. Lupakan sementara apa yang buat kita marah, abaikan abaikan abaikan abaikaaaaaaaaaaaan. Anggap kita adalah antara orang yang bertuah, yang paling tak ada masalah kat dunia ni. *Perghhhhh*  MissB selalu je ajak kekawan jalan ke, tengok muvee kat lappy ke, keluar makan ke, tak payah jauh lah, takpayah nak makan Seoul Garden kat Queensbay or Gurney ke, nun makan kat foodcourt Tesco dah boleh buat rasa marah tu hilang. At least keluar juga dari maktab ni kan, tak lah seteressshh. Hehe. Kekadang bila dah marah pastu buat-buat tak marah depan kengkawan, MissB akan jadi hyper-active, mulut tak berenti mengomel.Takpe, nasib ada kawan yang sekepala kan.  Then, kemarahan tu dengan sendirinya hilang. Alhamdulillah, syukur :)

Dah panjang sangat la pulak entri ni. Actually, banyak lagi benda yang kita boleh buat untuk mengelakkan kemarahan tu memudaratkan diri. Dan yang penting, segeralah ucapkan  أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ (Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk). InshaAllah, hilanglah perasaan marah kita tu \^_^/

Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. [Ali`Imran/3:134]
In times of great stress or adversity, it is always best to keep busy, to plow your anger and your energy into something positive. --- Lee Lacocca 
Jangan pernah membiarkan hidupmu dipenuhi dengan rasa sedih, marah dan benci kerana semua itu tidak akan mengubah hidupmu yang lebih baik dimasa yang akan datang besok 


Wasalam 




Wednesday, 23 October 2013

Let's Begin

Assalamualaikum

Finally, kembali ber-blogging. Rindu nak menaip, rindu nak merapu, rindu nak berkongsi cerita dan rindu semualah. Last entri tahun pun lepas, bulan November. Betapa lamanya, banyak sangat kekangan bila nak menaip je, ada benda yang menghalang. Laptop rosak lah, idea tak ada lah, pastu bila nak blog something, nak taip dah ni, tetiba ada je benda/orang yang menghalang. Bila mood riang ria raya datang, jari jemari gatal nak menaip, tetiba je ada orang spoil kan mood. Haa, sapa? Sapa? Hehe
Semester lepas, nak kata busy tak jugak, tapi boleh lah tahan busy. \Lebih kepada menyibukkan diri je sebenarnya/ Okay taknak cakap lebih pasal yang lepas, I've moved on! Wewitssss 
And now, dah ke penghujung Semester 4, Nay or Yay? 

  • Yay - sebab nak cuti panjang dahh. Yeayyyyyy \^.^/
  • Nay - sebab final exam 2 minggu je lagi *sigh* /-.-\
Sekarang study week. Hari ni dah Rabu, minggu pertama dah nak berakhir, tapi macam biasa, "enjin kereta" belum panas. Belum sentuh apa-apa pun. Ish ish. Bila ntah nak insaf nye? Kemain kalau tiap permulaan semester, Visi dan Misi serta Matlamat, kena rajin kena rajin kena R A J I N. Yelah, matlamat kena ada, tercapai ke tidak belakang cerita. Eh? >.< 

Okay, stop. Tak boleh malas malas malas. Fullstop :)

Lastly, 

All the best for all students of IPGKPP








[close]