Miss Butterfly's Stories: January 2012

Tuesday, 31 January 2012

MissB feels that . . .

celoteh efalovesukasuki


semenjak dua menjak ni, air mata menjadi peneman tidor MissB. 
I rather be alone daripada hidup tersiksa macam ni.
MissB panggil ia TERSIKSA, nampak sangat perit kan? Ye. Memang perit.
Nobody knows. The power of fake. Its me. 

Especially today, the end of January.
Time shows the real u. Know i KNEW u better.
Hanya Allah yang tahu betapa perit nya hati ini.
Semakin usia meningkat, semakin banyak dugaan.
Sama ada dugaan yang remeh-temeh mahupun yang berat,
kadang-kadang MissB tak faham.
Apa salah dan silap yang MissB dah buat, sampai someone outside there sampai hati buat MissB macam ni.

And know, baru uoll semua nak tanya,
WHAT HAPPENED TO YOU MISSB.

And MissB will answer uoll,
NOTHING HAPPENED AND IM JUST FINE
*fake smiling + laughing + giggling*



p/s: sorry because i cant be a good friend to uoll semua Y,Y 




Saturday, 28 January 2012

MissB dan roommate

celoteh efalovesukasuki

Keluar malam-malam semata-mata nak makan, kesian jugak kat roommate sebab demam =)

But, sekarang she's getting better. SEBAB cik abang dah ada. Opss. Hehe









Gambar Gabak bebenooo . Haha . Sabar k.  Kbye =D



p/s:  Adie !  Thanks sebab U lah i tau tajuk lagu Minhyuk tuu ~ =D



Friday, 27 January 2012

Birthday Daddy MissB , 27 January 2012

celoteh efalovesukasuki





Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50 tahun ! ^-^


itu lah Daddy MissB =D

Thursday, 26 January 2012

MissB : Alhamdulillah, Syukur

celoteh efalovesukasuki

Jangan MALAS untuk mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH =)


Bertambah lagi hari yang sangat happy dan seronok.walaupun elaun belum masuk buku akaun lagi. MissB dan rakan-rakan tetap berasa gembira dan seronok!! *perlu ke nak bagi tahu satu dunia?* -,-  

Thankyou Allah for giving me the precious give. 

Alhamdulillah, dikurniakan sahabat handai yang sangat memahami dan saling melengkapi antara satu sama lain. cabaran, dugaan dan halangan kami tempuhi bersama. Bergelak ketawa, menangis semua nya bersama. 

Adakah ia nya satu nikmat ? Ya, ia adalah salah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita. Malangnya ada di antara kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan. Bukan tidak mensyukuri, tetapi lupa dan tamak dan tidak pernah puas kerana terlalu inginkan kebahagian dunia. Bagi mereka, nikmat itu tidak cukup. Selalu mengatakan diri nya itu bersendirian, lonely bak kata omputeh. Tapi, tak kah dia sedar Allah sentiasa ada bersama kita, walaupun kita sering melupakan nya  (T_T)  dan Allah juga memberikan kita nikmat iaitu --->  SAHABAT . 

MissB sedar diri, MissB bukan lah baik sangat nak cakap semua ni, tapi, seriously. Semua apa yang MissB taip di blog ni, ikhlas dari lubuk hati MissB. I write everything okay in my blog. Jangan nak pertikaikan benda yang remeh temeh. Jangan nak cakap MissB sape nak buat entry ala2 tazkirah bagai. Hello, berani face-to-face, jangan face-to-book.  Boo u !  *MissB budak emo, semua ni berkat Mama Noor MamaEmo*   Tak salah kan kalau sekali sekala, selalu selalu kita nak ber-muhasabah diri kan, kan kan ? ^_^  *mata penuh cahaya, berlinang-linang*



Sahabat untuk selamanya~  =)
InshaAllah





Wednesday, 25 January 2012

MissB rindu mereka lah . . .

celoteh efalovesukasuki

rindu sangat kat bonda dan ayahanda tercinta . . . 


Latest, they had their dinner at Kfc without me.  *ayat pasrah  -,-


"Honeymoon" - above was at the Penang Museum =)


"Honeymoon" - at KLCC, Kuala Lumpur.





Holidays at  Pulau Manukan, Sabah.


at Merdeka Palace, Kuching. Stayed there for couples of days.  - We were ready for my cousin wed ceremony in Matang.



Aidilfitri 2011 <3 - Theme : Black 












Wordless Wednesday #7

celoteh efalovesukasuki

Lagu Avril berkumandang   *Damn, damn, damn, I wish u were here~~~~~





kalau MissB rindu  . . . . . 






Tuesday, 24 January 2012

MissB rasa HAPPY !

celoteh efalovesukasuki


Senang je, semua ni ada kat kawan-kawan MissB, i'm so glad n happy to have friends like them. 

A day with the girls, sangat best. Had lunch, dinner together -gather uols =)

Next time shopping n karaoke-ing pulaks! ^_^


Friday, 20 January 2012

MissB teringin . . .

celoteh efalovesukasuki

Wahhh, nampak sedap. Walaupun nama macaron, tapi perisa still ala-ala tempatan gitew~

Smart. western style kan.

Amacam ? Ada tertarik tak ? hehe


So cute~ So adorable =)









MissB teringin nak macaroons ~  Nampak sedap malahan comel dan berwarna warni.






Birthday Baby Boy MissB

celoteh efalovesukasuki


Sumber : Tumblr

*nanti kakefa belikan kek angry birds k, ya pun kalau ada. hehe*



Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday Dear Awangku Ezzudin Zharfan
Happy Birthday to You !!!



20th January 2012, which is you 8th birthday and now you are in Year 2. 


He loves gadget, and the latest is Ipad2. He asks my mother to give him an Ipad as a birthday present. 

*kakak pun belum dapat Samsung Galaxy, ade hati kan nak Ipad segalaa. haha*


He wants to look beautiful and handsome and smart, everyday everytime everywhere. 
He knows what is fashion and which one is OLD FASHION-,-  *pengaruh bonda lettew. haha*



p/s: imissyou badly 



Thursday, 19 January 2012

Spontaneous Thursday #6

celoteh efalovesukasuki



" Cinta itu memang indah, tapi janganlah kita salah ertikan antara sayang, suka, kasih dan simpati"

Jangan kau sakiti hati yang tidak bersalah, jangan juga kau permainkan perasaan nya kerana tangisan nya tidak layak untuk mu!


p/s:   Menantikan hubungan yang halal, 5 years to go. Sabar lah duhai hati =)








Wednesday, 18 January 2012

MissB tak suka lah . . .

celoteh efalovesukasuki


Sumber : tumblr

Dari dulu, dari zaman kecik-kecik, sekolah tadika sampai lah dah remaja, dah nak jadi cikgu pun *Insha-Allah*   MissB memang TIDAK GEMAR atau pun SENSITIVE sangat kalau dengar je orang cakap  "Tahun ini akan diadakan Hari Sukan, para pelajar dikehendaki untuk menyiapkan diri dengan menyertai Sukantara dan turun padang setiap petang"   Ohemgee~

MissB tak gemar sunggoh lah dengan semua tu. Ahhh~~~ benda kecik macam ni pun boleh buat MissB jadi tension pastu tak tidor malam dibuatnya. 

Kenapa ? Apa yang MissB tak suka sangat Hari Sukan ni ? 
  1. MissB tak sukalah kalau diorang suruh turun petang-petang, buat latihan. Sukantara segala. Ohmenarik gila. Memang gila. *Over sangat ke MissB?*  Sabar k.
  2. MissB tak gemar pakai kasut sukan, atau lebih tepat MissB tak suka pakai kasut bertutup. Lemas jari jemari MissB. Kesian taw. *Alasan tak masuk akal, apa boleh buat, kalau dah tak suka, memang byk alasan nyeee*
  3. MissB tak banyak track suit, dan sekali lagi i dont like tracksuit. Makacee~
  4. Rumah sukan MissB kaler hijau. tak semangat. MissB suka pink. jadi bagilah rumah sukan kaler merah. Atleast, merah n pink kan adik beradik. -,-
  5. Takde geng seperjuangan kat dalam rumah sukan MissB. Hishhh. Sadis tol.
  6. PALING PENTING : MissB takde bakat dalam sukan. Makace~~


Kalau di beri pilihan nak Hari Sukan atau pun menjadi babysitter 10jam/week. MissB akan pilih menjadi babysitter. PERCAYALAH! 



Sumber : tumblr


#benda kecik macam taik hidung pun boleh buat tension, apatah lagi benda besar macam gajah. Tak tahulah macam mana kan.  -,-








Wordless Wednesday #6

celoteh efalovesukasuki


I will pray for your happiness, even we are far apart. 
Insha-Allah.


Tuesday, 17 January 2012

MissB rasa nak lari. . .

celoteh efalovesukasuki



Sumber: flickr


Hari ni MissB rasa annoyed. Tak tahu kenapa. MissB rasa nak lari dari semua. Dari semua apa? Semua masalah? Hmm, MissB pun tak tahu. MissB PERNAH ke ada masalah? Pelik. tetapi selalunya, orang yang nampak cool, dan orang yang macam MissB yang selalu menyemat kata azimat "everything gonna be okay"  ni lah selalunya paling banyak problem. Kan, sape tau. Hati masing-masing. I want everything PERFECT. I don't like problems n difficulties. Tapi dah selagi nama nya hidup kat dunia ni, memang kita tak akan dapat lari dari semua cabaran.  \i'm growing + matured oredy!/  Syukur.

Ahad ni kawan MissB nak datang Penang. Kawan sekolah rendah MissB. MissB nak jalan-jalan dengan dia. Lama dah tak jumpa dia. Pastu, MissB rasa nak ikut dia pulak, balik Perlis. But, entah. Tunggu dan lihat k. MissB tak kisah, asalkan MissB boleh lari dari sini. Walaupun MissB azam baru tahun ni taknak keluar shopping n window shopping, tapi sebab dia kawan yang datang melawat. Jadi MissB akan keluar dengan dia. =)


Then, 
Dia dan dia. Both, buat MissB rasa sedih. Tapi kenapa MissB harus sedih? MissB ada perasaan ke? Sejak bila? Sejak tahun 2012, sejak umur dah nak 20tahun. KOT. Hmm. MissB rasa kosong. Ada satu hari tu, MissB rasa nak duduk je diam-diam kat dalam bilik dan kalau boleh MissB tak nak keluar bilik langsung. MissB tak tahu kenapa tahun ni sangat "CHOI" bak kata orang. Mungkin permulaan tahun ni dah "CHOI" kan. So, mana tak "CHOI" nya sampai sekarang. ceit 

Hmmm~ Mungkin. MissB tahu kenapa MissB rasa semua ni. Mungkin sebab, MissB selalu je gelak ketawa tak hengat dunia. Kan. Kan. Pstu, asyik fikirkan perasaan orang, fikirkan nak jaga hati orang, padahal. .  Hati sendiri . . Perasaan sendiri . .  "berhabuk" , "usang" , "kotor" , "kosong" ,  tak terjaga, terbiar.  Jadi sekarang, baru MissB paham, kenapa ada segelintir manusia yang sangat pentingkan diri, ini sebab mereka SEDAR yang hati sendiri dulu yang perlu dijaga. Barulah hati dan perasaan orang lain.  Huh~  Nak menangis pun air mata tak nak mengalir, Ni sebab MissB seorang yang GAGAH dan KUAT. \Alhamdulillah/ 

Okayy, sampai sini saja.




Sumber: flickr



*Mulut lebih tajam dari pisau, kalau dah tertusuk kehati, tak tahu bila luka nya akan sembuh*

Monday, 16 January 2012

MissB suka tengok . . .

celoteh efalovesukasuki

Sape kat sini pernah dengar Korean  Reality Show : We Got Married (WGM) ? Kalau yang pernah tengok tu \yeayyyyy!!!/  Kalau yang belum pernah tu, ce try tengok. Seronok~ Sweet~ Sedih~ Betul MissB cakap kat korang. Addict sunggoh menengoknya. First couple yang MissB tengok ialah Yonghwa CNBlue n Seohyung SNSD. 




Picture wedding anniversary diorang. Sweet sangat. Tak lupa goguma (potatoes) mereka ^_~  Bagi pendapat MissB, diorang ni pasangan yang sangat sopan dan yang perempuan tu sangat berjaga-jaga dan lemah lembut. Dan macam innocent je MissB tengok. Haha . But at the same time, lelakinya pun macam tau tau je pempuan tu innocent kan, dia pun macam protect lah the girl. *ohh lelaki idaman ku*  Haha. Jk!


Second couple yang MissB tengok ialah AdamCouple


Ni pasangan yang paling sempoi dan sangat gila gila!  JoKwon (2AM) & Ga-In (BEG)  Suka gila. Walaupun lelaki tu nampak macam lembut, but i like his style. Perempuan tu pulak, very the bersemangat. Energetic. Dan mata sepet sepet cantik =D Kira very the like uols! Memang sah gelak sampai nangis korang tengok episod diorang =D



Dan baru start semalam tengok couple ni pulak, Khuntoria iaitu  Nichkhun 2PM n Victoria F(x) .


Bagi MissB pasangan ni pulak sangat OHSEM! Boleh get along dengan mudah dan cepat, skinship pulak memang sangat awal. Episod awal awal lagi dah ada skinship. Haha. Sangat comel, even Victoria tu nampak gedik, but sorry to say MissB suka. Hahaha Nichkhun pulak sangat gentleman, mengamalkan adab sopan yang ke arah American Style. Kira mengamalkan ladies first giteww. Hehe =D



Okayylah, MissB nak sambung tengok lagi. Papayyyy =D






Saturday, 14 January 2012

MissB nak Samsung Galaxy Tab 10.1

celoteh efalovesukasuki

< Specs and launch details >



Sumber daripada :      engadget



Sumber daripada :      engadget



Wahh, MissB teringin nih. Gimana ya? Kalau enggak diturutkan, mahunya kempunan nanti donggg. Aduhh, bikin pusing, kalau duit boleh tanam. Dah lama MissB buat satu ladang duit taw! Hishhh. 

Lepas tu MissB pun call lah bonda,

Miss B:    *Bonda, nak Samsung Galaxy Tab 10.1 boleh? hehehe*
Bonda:     *Apa benda tu, Samsung Samsung??*
MissB:     *Alaaa, yang macam Ipad2 tu, yang bonda selalu main game tu, yang touchy-touchy tu*
Bonda:     *Ohhh, berapa harga dia?*
MissB:     *RM dot dot dot dot dot, xtauuu. hehehe*
Bonda:     *Haa, pergilah cek harga dulu, lepas dah tau harga, bonda BANK IN okay* (nada serius)
MissB:     *Hah??! Betul ???* (nada happy + unbelievable)
Bonda:     *Hahahaha, gurau ja!!* (gelakkan org)
MissB:     *Ishhh, main-main pulak bonda ni*
Bonda:      *Haha, kalau nak kumpul duit, kalau tak. Silalah berharap kalau tiba-tiba  ada miracle* .
MissB:      *Okayyy bonda*  (bonda niiiii, suka bergurau)

**call ended**

Kesimpulannya,


Ada hati kan nak beli Samsung Galaxy Tab segala, padahal

 banyak lagi barang-barang ILMIAH yang sememangnya sangat

 penting dan patut di beli. Hmmm, kena fikir beribu kali dulu nih.

 Utamakan apa yang penting OKAY =D 









Thursday, 12 January 2012

Spontaneous Thursday #4

celoteh efalovesukasuki



Aku  "tamak" . Ya sebab aku "tamakkan" KESEMPURNAAN.
Aku "kedekut" . Ya sebab aku "kedekut" nak BERKONGSI kasih sayang.


Apa pun, perasaan ku bercampur baur. Sedih, happy semua ada.



*entry yang sangat serious untuk hari khamis T_T



Wednesday, 11 January 2012

Wordless Wednesday #5

celoteh efalovesukasuki



mine is you - 


yours is love -


We both together - Love You


Tuesday, 10 January 2012

MissB kata nak diet tapi . . .

celoteh efalovesukasuki


Azam 2012, banyakkkk sangat. Salah satu azam setiap tahun ialah  DIET. Seperti biasa, awal tahun, dalam hati luar hati kata nak DIET. Okayy, sehari dua boleh lahh MissB ikat perut guna tali rafia. Bila lapar terus tidor. Buat-buat kenyang, buat-buat malas nak g Tesco. Tapi lepas tu, bila online, main main pula dengan Google Image, tertaip lah pulak MEK NONAL. Macam sedap pulak burger tuuu.
Lepas tu bagitau kat roommate, pastuh cakap kat roommate "mesti best kalau dapat makan burger MEK NONAL."

Apa lagi, dengan sokongan roommate yang sejati. Terus dail 1 300 13 1 300. Cepattttt uolss, xpayah tunggu dua tiga saat, terus amik order. Bengap sunggoh -,-

Abang Mekdi kata 45minit sampai. Tuptup baru 15 minit, dah talipon, suruh tunggu kat depan blok. Ohemgeeee. Pantas nye korangggg, suke la tu menghabiskan duit MissB kan. Fine -,-   
*salahkan org pulakkan*



Yummy. Makace MEK NONEL ! =D




Lepas makan, MissB rasa menyesal. 
*seperti selalunya, dah konyang baru nak menyesal bagai kan -,- *






Ini memang memalukan. . .

celoteh efalovesukasuki

Shame on me - itu lah, lain kali jangan misscall org sampai 100 kali -,-


Hye, balik-balik kelas MissB mestilah melakukan rutin harian MissB, iaitu call MrK sekejap. Tanya soalan common kan. Tapi tadi MissB call tak jawab pulak, tapi lepas tu ada dia sms MissB. Jadi MissB pun lajuuuu je telefon, tak payah disuruh. *biasalah DigiEasy kan* Anytime, Anywhere free 24'7 ^_~

Okay MissB call lah kan . . *caller tunes Taylor Swift - Romeo & Juliet berkumandang* Sampai habis lagu pun MrK masih tak angkat. Hyeepp, ni yang nak marah ni. *nampak sangar pemarah* -,-   

Lepas tu, yang ke-dua kali, ada orang angkat. Hyepppppppp, bunyi suara macam pempuan. Sejak bila MrK jadi perempuan ni??? *dalam hatiku*

Ohemgeeeeeee, mak menantu . . . ehhh salahhh. . . ibu mertua ku lah yang angkat. Dia pun cakap dengan suara yang hot hot panas panas marah marah gitewww, "MrK takde, dia pergi rumah nenek. Call balik lepas ni"

MissB pun apa lagi, bukan main gagap, "Ok ok okkoko , macam ayam"  kalah intro lagu Nada Cinta tu uolsss. Opsss. Haha  *sorry ibu mertuaku, haha. Ada hati kann nak jadi menantu dia. Melampau*

##Jadi, moral of the story. Jangan lah dok misscall sesape sampai orang rumah pun naik marah kan. Kalau tuan punya hp yang kita misscall tu silent takpe jugak. Macam mana kalau dia punyer ringtone tu tak silent. Volume pulak memang paling BESAR punya, pastu lagu pulak tak sedap, annoying. Tak ke emosi orang rumah kannn. 

Akibat nya terhadap MissB pulak ialah berkemungkinan besar akan di REJECT menjadi menantu dia. Ohemgeeeeeee~~~~~~ *pitam*





Monday, 9 January 2012

MissB join RM 1, 000, 000 Money Drop Live Online

celoteh efalovesukasuki

Hyeeeeepp, tangan kanan gatal. Mintak garu. Bak kata org tua, duit nak masuk. Yawwwww . i loikee :D
Ranking 509 tuuu~ haha *hidung kembang kempis*
Haha. Nih MissB nak bagi tau satu dunia yang MissB join game ni malam tadi. *(bajet ramai je reader blog MissB kan? perasan retis betul -,- )*

Feeling-feeling dalam TV giteww kan. Haha. Nebes macam Rm 1K tu ada kat depan mata je kan. Haha. Tapi mula-mula main tu tak bijak sangat. Tapi lepas dah hilan Rm 1K, terus buka new tab -> Google . Haha Ambil langkah mudah youuuuu~ Haha. Nampak sangat malas nak berfikir kan. Ada aku kesah? Aku bukan kat dalam TV nak perah otak yang kering ni + buat stress je. Haha

Nak tahu tak ada satu soalan ni, memang  MissB  cagarkan RM 1K untuk soalan tu. Sebab  MissB  ni kan confident terlebih -,-

Soalan dia:  
                   Antara berikut yang mana paling jauh kalau di baling?

Pilihan jawapan:
                  A)  Lembing        B) Peluru besi           C) Cakera     D)  Pinggan


Nak tahu tak jawapan confident MissB ? Haha . Jawapan MissB ialah B, Haha. MissB ingat peluru besi tembak tembak tu. Sebab tu lah jawab peluru besi. Haha. Memangggg bijak kan -,-


Jadi, korang ada terasa nak join tak? meh join jom, klik RM 1, 000, 000 Money Drop Live Online  ^_~ 

Sebelelum tu nak taw tak sape yang promote MissB main benda alah ni? meh nak promote sikit kawan MissB tu. . 

Fb : Nur Azmeera

p/s : i cilokk u punya DP . Opsss. Soweeee :D hehe







[close]