Miss Butterfly's Stories: Make Over | Header Blog

Saturday, 20 August 2011

Make Over | Header Blog

celoteh efalovesukasuki

Wah! Memang lama lah kan tak update blog. Secara tak sengaja terabai blog kesayangan aku ni tak di update. Busy perkara pertama yang buat aku jarang update. Kedua, masalah rumah tangga broadband yang macam harimau bintang buat aku susah nak kejar dia sampai dapat. Pastu, semenjak puasa ni, idea nak menulis tu semakin men-cetek pulak. Kurang air, jadi oxygen kat kepala kurang bergerak. *sukati mak nenek aku guna formula haram jadah*

Jadi, malam ni bersemangat pulak dah, siap sempat buat header baru. Buat tak sampai pun 5 jam. haha. Bukan nak cakap pro, tapi sebab tak pro lah buat kerja ala kadar, ala-ala dah nampak semat dan kemas dah kira aku puas hati lah tengok. hehe.

Bukan apa, tukar header sebab, aku ni cepat bosan. *cepat bosan dari segi kebendaan sahaja okay* Jadi, aku rasa macam nak muntah dan muak lah kan tiap kali tengok blog aku, asyik tengok header tu je. Jadi aku dengan sesuka hati buat macam blog aku sendiri tukar header nya.

Tadaaa!



Simple and sweet *angkat bakul sendiri* Pui~




Assalam. Jangan lupa niat puasa! ^_^ Kbai.



p/s: Entry selepas ini, aku nak update apa yang aku dah tertinggal nak update. Contohnya, MY BIRTHDAY! ^_^ Nantikan entry yang seterusnya okay!




6 comments:

Thanks for the comment ^.^//

[close]